Rusia bakal guna senjata kimia atau biologi di Ukraine dan pihak White House di US berkata, “Kita semua harus berwaspada,”
Menurut BBC, setiausaha akhbar, Jen Psaki berkata dakwaan Rusia mengenai makmal senjata biologi US dan pembangunan senjata kimia di Ukraine adalah tidak masuk akal.
Dia menyebut dakwaan palsu itu sebagai “helah yang jelas” sebagai cubaan mengharuskan serangan seperti yang dirancang dan tiada provokasi.
Ia berlaku selepas pegawai Barat berkongsi tentang kebimbangannya mengenai serangan terbaru.
“Mereka menyatakan kebimbangannya tentang risiko perang yang boleh meningkat dan berkemungkinan Rusia menggunakan senjata bukan konvensional,” lapor BBC
Memetik BBC, berkemungkinan besar juga ia merujuk kepada senjata kimia yang merangkumi senjata nuklear taktikal berskala kecil, senjata biologi dan bom kotor.
“’Kami mempunyai alasan kukuh untuk bimbang,” kata seorang pegawai Barat.
Mereka berkata ini adalah separuh sahaja kerana apa yang dilihat di tempat lain yang melibatkan Rusia seperti di Syria, di mana senjata kimia digunakan oleh sekutunya.
“Kita semua harus memerhati Rusia yang berkemungkinan menggunakan senjata kimia atau biologi di Ukraine atau mencipta operasi bendera palsu menggunakan senjata tersebut dan ini adalah corak yang jelas,” kata Jen Psaki, lapor BBC.
Memetik BBC, terdahulu, Kementerian Pertahanan United Kingdom dalam kenyataan di akaun Twitter pada Rabu lepas berkata, Rusia telah menggunakan roket termobarik di Ukraine.
Roket tersebut juga dikenali sebagai bom vakum kerana ia menyedut oksigen dari udara sekeliling untuk menghasilkan letupan suhu yang tinggi.
Ini menjadikannya lebih dahsyat daripada bahan letupan konvensional dengan saiz serupa dan boleh memberi kesan teruk kepada orang yang terperangkap dalam radius letupan mereka.
Menerusi artikel BBC lagi, dalam kemas kini selanjutnya, kementerian tersebut memaklumkan bahawa terdapat kemungkinan askar upahan berpengalaman dari syarikat tentera swasta Rusia yang berkait dengan Kremlin sedang ditempatkan untuk berperang di Ukraine.
Tambahnya, tentera upahan Rusia telah dituduh melakukan pencabulan hak asasi manusia di Afrika dan Timur Tengah termasuk di Syria, Libya dan Republik Afrika Tengah.
“Kebimbangan mengenai penggunaan senjata kimia ditanggung daripada dakwaan Rusia yang berpotensi untuk menetapkan tempat kejadian bagi beberapa jenis tuntutan bendera palsu,” maklum pegawai Barat.
Dalam kenyataan di akaun Twitter kedutaan Rusia merujuk kepada dakwaan bahawa dokumen yang ditemui baru-baru ini menunjukkan komponen senjata biologi yang dibuat di makmal Ukraine dengan pembiayaan daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Sumber: BBC