Siakap Keli
Gambar: @spongliee

Wanita Agih Hadiah Pada Jiran Tanda Mohon Maaf, Takut Terganggu Bunyi Bising “Renovate” Rumah

Ubah suai rumah merupakan perkara yang sering kita lakukan sebelum pindah masuk ke rumah yang baharu, bukan? Tetapi kita sendiri tahu bertapa bising dan bingitnya bunyi bising ketika aktiviti pengubahsuaian tersebut dijalankan.

Lebih-lebih lagi dengan keadaan pandemik sekarang kebanyakkan mereka bekerja dari rumah. Itu tidak termasuk lagi para pelajar universiti yang perlu menduduki peperiksaan, yang perlu menyiapkan tugasan dan sebagainya.

Kadang-kadang sampai perlu mencari tempat lain yang lebih senyap untuk menyiapkan kerja mereka.

Justeru itu, berkaitan dengan hal ini, seorang wanita telah tular di laman media sosial TikTok apabila videonya yang menunjukkan keprihatinan kepada jiran tetangga ketika rumah yang akan didudukinya menjalani proses pengubahsuaian.

Pasangan suami isteri tersebut telah mengambil keputusan untuk memberikan sedikit buah tangan berserta ucapan kepada jiran mereka sebagai tanda mohon maaf kerana bunyi bising yang akan didengari sepanjang rumah mereka dalam proses ubah suai.

Pasangan suami isteri tersebut telah menyediakan beberapa kotak teh Lipton dan biskut berserta sedikit coretan kad ucapan sebagai pengenalan dan sekali gus menyatakan tujuan dan memohon maaf di atas kesulitan yang bakal mereka hadapi kelak.

Ucapan Pada Kad

“Selamat sejahtera jiran, kami penghuni rumah #XX-XXX.

Sedikit pengubahsuaian akan kami lakukan pada rumah kami sepanjang dua bulan ini, jadi disini kami berikan sedikit hadiah untuk anda nikmati sebagai hidangan minum petang.

Kami berharap anda dapat menerima buah tangan ini sebagai tanda mohon maaf dari kami di atas segala kesulitan yang akan dihadapi pada masa akan datang.

Yang benar,

K dan D”

Inspirasi Dari Kawan

Menurut laporan dari Mothership.sg, @spongliee menyatakan bahawa dia dan suami telah mendapat ilham daripada rakan mereka yang turut mengalami situasi yang sama beberapa tahun yang lalu.

Pasangan suami isteri tersebut membuat peringatan kepada diri sendiri apabila tiba masa mereka untuk mengubah suai rumah. Hal ini kerana, mereka sangat memahami ‘kesukaran dan kesulitan’ yang dialami oleh jiran yang perlu bertahan dengan bunyi bising akibat aktiviti ubah suai rumah dari jiran lain.

@spongliee

We’re sorry 🥺🥲 #marriedlife #renovation #sgtiktok #sgrenovation #resalehdb

♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Sumber: Mothership.sg

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.