Siakap Keli
jenis ubat batuk
Gambar via TikTok

Boleh ‘Standby’ Masa COVID-19, Ahli Farmasi Ini Kongsi 4 Jenis Ubat Batuk & Fungsinya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Batuk merupakan gejala yang sering berlaku pada setiap individu tidak mengira peringkat umur, tapi selalunya boleh pulih  dengan hanya memakan ubat.

Lazimnya, gejala batuk ini datang bersama simptom-simptom lain seperti selesema, mata berair, kahak dan sakit tekak yang pastinya membuatkan seseorang merasa tidak selesa.

Dalam keadaan penularan wabak COVID-19, ditambah pula dengan cuaca sekarang yang tak menentu, adalah lebih baik sekiranya kita bersedia dari awal, setidak-tidaknya untuk merawat gejala ringan.

Oleh itu, ahli farmasi yang dikenali sebagai Amir Said ini melalui laman TikTok miliknya, berkongsi jenis dan fungsi ubat batuk yang korang boleh standby siap-siap di rumah.

1. Tusidex Forte Linctus

Untuk hentikan batuk kering. Sesuai untuk pesakit kencing manis kerana tiada gula.

Gambar: Amir Said

2. Cough-en Linctus

Untuk hentikan batuk kering, hidung berair dan tersumbat. Juga sesuai untuk mata berair dan gatal.

Gambar: Amir Said

3. Uphadyl Forte

Untuk hilangkan batuk berkahak, cairkan dan mengeluarkan kahak. Dapat melegakan tekak, selsema dan alergik.

Gambar: Amir Said

4. Mucolix Elixir

Untuk batuk berkahak, cairkan kahak supaya senang dikeluarkan.

Gambar: Amir Said

Terdapat banyak jenis ubat batuk yang boleh didapati di klinik atau farmasi. Jadi sebaiknya korang minta pandangan dan nasihat dari doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu sebelum dapatkan ubat-ubat ini.

@4mirsaid

Musim covid, musim hujan ni boleh standby ubat batuk dekat rumah.

♬ Nafas Cinta – Khai Bahar & Aina Abdul

Sumber: TikTok Amir Said

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.