Siakap Keli
Foto: Bangpos

Hasrat Lelaki Nak Lamar Kekasih Tak Kesampaian, Yang Pulang Jasad Kaku Jadi Mangsa Serangan Papua

Niat seorang lelaki untuk melamar kekasih hati tidak kesampaian apabila menjadi mangsa korban serangan daripada Kelompok Kriminal Bersenjata (KKB) di daerah Papua pada 2 Mac lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Jamaludin bertugas melakukan kerja penyenggaraan di Menara Televisyen (BTS) di Papua terkorban bersama-sama rakan yang lain dalam serangan tersebut.

Lebih memilukan, selepas usai kerja di Papua, mangsa ingin menunaikan hajat untuk masuk meminang kekasih hati yang berasal dari Kabupaten Serang.

“Minggu ini dia akan pulang. Bahkan Jamaludin sudah berniat untuk melamar kekasihnya,” jelas saudara mangsa, Nurhidayat pada wartawan Banpos.

Namun, hasratnya tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia dalam serangan ganas KKB.

“Jamaludin kini sudah tiada dan hanya nama sahaja yang tinggal. Kejadian ini sangat terkesan buat seluruh keluarganya termasuklah kekasihnya.”

Kesemua jenazah mangsa korban termasuklah jenazah arwah Jamaludin telah dibawa pulang ke tempat kelahirannya di Rangkasbitung.

Menurut laporan lalu, seramai 8 orang menjadi mangsa kekejaman KKB dan hanya seorang sahaja berjaya menyelamatkan diri daripada pembunuhan kejam tersebut di wilayah Papua semasa sedang berehat setelah melakukan kerja-kerja penyelenggaran di Menara Televisyen (BTS).

Sumber: Bangpos

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.