Siakap Keli
Gambar : Daily Star

Kereta Terpanjang Catat Rekod Dunia, Miliki Padang Golf Mini, Kolam Renang & Helipad

Kereta terpanjang di dunia telah memecahkan Rekod Dunia Guinness selepas dibaik pulih dengan berukuran 100 kaki dan 1.5 inci, memetik daripada sumber Daily Star.

Berdasarkan laporan kereta tersebut kini mempunyai 26 tayar, padang golf mini, kolam renang dan helipad dan mampu memuatkan sehingga 75 orang di dalamnya.

Gambar : Daily Star

Digelar American Dream, limosin super tersebut dipercayai telah dibina pada tahun 1986 oleh seorang pereka kereta, Jay Ohrberg di California.

Pada asalnya, panjang kereta tersebut hanya dibina sebanyak 60 kaki.

Ohrberg kemudiannya memanjangkannya sehingga 100 kaki untuk merangkul rekod dunia.

Gambar : Daily Star

Kereta tersebut juga dikatakan pernah dipaparkan dalam beberapa filem sebelum berakhir di sebuah gudang di New Jersey sehingga menjadi usang.

Namun begitu, Michael Manning, pemilik muzium pengajaran teknikal Autoseum di New York memutuskan untuk memulihkan kereta tersebut.

” Pertama kali saya menjumpai kereta itu di sebuah pameran autobody di New Jersey dalam keadaan yang usang. Kereta tersebut dilitupi grafiti, tingkap pecah, tayar pancit.”

“Namun, saya amat menyukainya dan berhasrat ingin mendapatkan dan membaiki kereta itu,” kata Manning.

Gambar : Daily Star

Walau bagaimanapun, kerja pemulihan kereta tersebut memakan kos yang besar dan telah memperlahankan usahanya.

Kata Manning, dia bernasib baik kerana mempunyai tiga kereta yang didermakan kepadanya dan memotong kereta tersebut sebagai gantian pada bahagian yang diperlukan.

Setelah hampir dua tahun setengah, American Dream berjaya dipulihkan dan kini akan dipamerkan di Muzium Kereta Dezerland Park.

Jelas Manning, kereta tersebut tidak boleh digunakan di atas jalan raya kerana terlalu panjang dan hanya dibina sebagai pameran.

Sumber : Daily Star

Fathin Nadzira