Polia berjaya memberkas seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan yang mengakibatkan seorang pengawal keselamatan maut manakala seorang lagi cedera berhampiran sebuah bank di Puchong Prima pada Jumaat.
Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek diberkas kira-kira jam 7 petang disekitar kawasan Shah Alam.
Siasatan awal mendapati suspek, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an ini bergerak seorang diri. Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kejadian berkenaan.
Terdahulu, BERNAMA melaporkan seorang pengawal keselamatan maut dan seorang lagi cedera selepas ditembak berhampiran sebuah bank di Puchong Prima.
Siasatan awal polis mendapati, ketika kejadian kedua-dua pengawal itu dipercayai sedang mengawal van keselamatan yang sedang membawa sejumlah wang tunai.
Suspek yang menembak mangsa dilaporkan berjaya meloloskan diri.
Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan sama ada kedua-kedua mangsa hendak mengambil atau mengeluarkan wang dari van untuk dibawa ke bank berkenaan.
Sumber: Sinar harian