Siakap Keli
tembak pengawal keselamatan
Gambar: Bernama

Suspek Kes Rompak, Tembak Pengawal Keselamatan Direman Seminggu

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Suspek yang menembak mati seorang pengawal keselamatan dan mencederakan seorang lagi dalam kes rompakan bank di Puchong Prima, dekat sini semalam, kini direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman ketika dihubungi hari ini berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan Seksyen 3 Akta Senjata Api Lebih Berat 1971.

Semalam, susulan kejadian pada pukul 5.50 petang, Abd Khalid dilaporkan berkata polis menahan seorang suspek berumur 38 tahun di tempat awam sekitar Seksyen 24, Shah Alam pada pukul 7 malam bersama karung berisi wang tunai.

Semalam, polis mengesahkan seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat van membawa wang tunai maut ditembak manakala seorang lagi cedera berhampiran sebuah bank di Puchong Prima.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata kedua-dua pengawal keselamatan berkenaan dipercayai sedang mengawal keselamatan van yang membawa sejumlah wang tunai.

“Setakat ini, polis masih menyiasat sama ada mereka hendak mengambil wang dari bank atau mengeluarkan wang dari van untuk di bawa ke bank berkenaan.

“Suspek yang terlibat berjaya meloloskan diri,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun motif kejadian belum dikenal pasti.

Sumber: Bernama

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.