Siakap Keli

(Video) Betul Ke Dapat Ekstra Kalau Isi Minyak Terbalik? Pakcik Shell Buat Eksperimen Bongkar ‘Mitos’ & Ini Jawapannya

Pernah tak korang dengar “kalau isi minyak di stesen kena masukkan nozel bertentangan dengan tangki kereta supaya ‘baki’ minyak tidak tertinggal pada hos.” Biarpun ramai yang menyangkal dakwaan itu namun tidak kurang juga yang melakukan perkara tersebut.

Tambah-tambah lagi, bila musim harga minyak meningkat, korang pasti akan melihat ramai yang ‘mengamalkan’ perbuatan tersebut di mana-mana stesen minyak kononnya boleh dapat ‘ekstra’ minyak dengan percuma. Namun, sejauh mana kebenarannya?

Jadi, bagi merungkai persoalan dan ‘misteri’ ini, Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani atau lebih mesra dengan panggilan Pakcik Shell akhirnya tampil memberi penjelasan ‘padu’ siap dengan bukti eksperimen.

Isi terbalik, minyak EKSTRA?

Ini hanyalah sekadar berkongsi fakta. bukan utk menimbulkan perdebatan. kefahaman boleh juga mengelak kemalangan tumpahan minyak kerana sensor di hujung nozel tidak dapat berfungsi utk kesan minyak penuh jika diletak terbalik.

Notis keselamatan: Video done in safe mode, with traffic management in the background. fuel measurement equipment is certified safe and grounded with bonding wire so that static electricity is dissipated into earth. mohon jgn ulang ujikaji tanpa peralatan selamat

Auta – tak perlu isi terbalik untuk dapat minyak EKSTRA. so, apa yg anda rasa boleh memberi anda EKSTRA? We are run by Malaysians, for Malaysians.

Menerusi video yang dikongsinya itu, Pakcik Shell menunjukkan kedua-dua simulasi kaedah baik mengisi pada kedudukan biasa atau bertentangan dengan pam di mana hos akan menjadi ‘lurus’.

Dalam video itu, Pakcik Shell menunjukkan bukti kedua-dua kaedah itu jelas mendapat kuantiti yang sama dan tiada langsung perbezaan daripada isipadu walaupun 0.01 liter. Hasilnya, beliau tetap mendapat isipadu yang sama iaitu 10 liter tidak kira dengan kaedah kedudukan biasa atau seperti dakwaan orang ramai itu.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)

 

Sumber: Pakcik Shell

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.