Siakap Keli
Kredit: La Voce Di New York

Alami 11 Kesan Teruk Ni? Sah..Itu Tanda Korang Dah Terbuat Rawatan Estetik Tak Bertauliah

Raut wajah jelita, mulus dan bebas dari masalah jerawat, jeragat, kulit kusam dan sebagainya adalah keinginan semua orang. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergelar wanita, sudah pasti penampilan sangat perlu dijaga.

Kini, bermacam-macam produk untuk merawat muka terjual di pasaran. Daripada termurah hinggalah yang mahal, tapi tidak semua produk sesuai untuk semua orang. Kebiasaanya, ia mengikut jenis dan masalah kulit yang kita hadapi.

Namun, ada juga yang sanggup habiskan ribuan ringgit untuk dapatkan kulit wajah idaman masing-masing dengan pergi ke pusat rawatan estetik. Tapi, tahukah anda bahayanya jika kita pergi ke pusat-pusat tersebut tanpa usul periksa.

Dikhuatiri, kita ‘terpergi’ ke pusat rawatan estetik yang tidak bertauliah. Menerusi akaun Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka kongsikan risiko yang bakal dihadapi jika melakukan rawatan estetik di pusat yang tidak bertauliah.

Ikuti perkongsian di bawah, semoga bermanfaat.

Risiko kesan sampingan menggunakan rawatan estetik tidak bertauliah

Dikongsikan risiko kesihatan rawatan estetik daripada individu tidak bertauliah.

Prosedur-prosedur ini berpotensi untuk menyebabkan komplikasi kesihatan, kecacatan dan kematian kepada pelanggan jika dikendalikan individu tidak bertauliah.

Berikut di bawah adalah 11 kesan sampingan berbahaya jika mendapatkan rawatan estetik tidak bertauliah:-

  1. Mati otak (koma)
  2. Hilang fungsi anggota badan
  3. Kulit terbakar
  4. Buta
  5. Lumpuh bahagian muka
  6. Jangkitan kuman
  7. Pendarahan berlebihan
  8. Kerosakan saraf
  9. Muka bengkak
  10. Alahan ubat
  11. Maut

Orang awam yang berhasrat untuk mendapatkan rawatan kecantikan estetik dinasihatkan:

  • Mendapatkan rawatan di hospital atau klinik yang berdaftar atau berlesen bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]
  • Melalui khidmat pengamal perubatan berdaftar yang mempunyai “Letter of Credentialing and Privileging (LCP)”

Bagi memastikan perkhidmatan jagaan kesihatan diterima selamat dan berkualiti:

Sumber: KKM

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.