Siakap Keli
Gambar: Metro.UK

Anjing Ditemui Kurus Kering, Dipercayai Didera Pasangan Suami Osteri

Sepasang suami isteri telah dipenjarakan kerana menyebabkan anak anjing yang dipelihara hampir mati kelaparan dan ia merupakan salah satu kes penderaan terhadap haiwan antara yang paling teruk di Britain.

Difahamkan pasangan suami isteri Ketty Patterson, 35, dan Reece Milburn, 30, menipu dengan menyatakan bahawa mereka menjumpai seekor anjing berusia tiga tahun, bernama Tiggy dibuang di tepi jalan. Mereka turut menyatakan yang mereka telah melaporkan hal tersebut pada pihak berkuasa tempatan.

Namun begitu, penipuan pasangan suami isteri ini akhirnya terbongkar selepas satu misi pencarian untuk mencari pemilik Tiggy tular dan berita berkenaan Patterson dan Milburn adalah pemiliknya terbongkar.

Menerusi beberapa gambar yang diambil oleh pihak pegawai kebajikan haiwan dari Majlis Daerah Northumberland ketika mereka melawat rumah pasangan itu di Blyth dapat dilihat keadaan Tiggy yang sangat kurus kering sehingga menampakkan tulang rusuk.

Menurut laporan Metro, Tiggy mengalami dehidrasi yang sangat teruk dan badannya juga sangat lemah sehingga dia tidak mampu untuk berdiri. Selain itu, Tiggy juga mengalami dermatitis dan serangan hama.

Pegawai yang melawat Tiggy ketika itu berasa kecewa dengan sikap pemiliknya ketika dia melihat keadaan Tiggy dan berkata bahawa ini merupakan kes yang peling teruk pernah dilihat sepanjang 15 tahun dia bekerja.

Kedua-dua pasangan suami isteri tersebut akhirnya mengaku bersalah atas kesalahan penderaan ke atas haiwan peliharaan di Mahkamah Majistret North Tyneside.

Mereka juga mengaku bersalah atas kesalahan gagal memastikan kebajikan Stafforshire Bull Terrier mereka, Enzo yang juga mengalami masalah kulit dan serangan hama.

Pasangan tersebut masing-masing dihukum penjara selama 12 minggu dan dilarang memelihara haiwan seumur hidup mereka.

Jurucakap majlis, Phillip Soderquest berkata “Ia adalah salah satu kes penderaan haiwan yang paling mengejutkan dan berprofil tinggi yang pernah dijumpai di kawasan itu.”

“Pasukan kebajikan haiwan kami bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk menyiasat kes pengabaian dan kekejaman haiwan serta membawa pelaku ke muka pengadilan.”

“Kami benar-benar bertekad bahawa bekas pemilik Tiggy akan menjalani hari mereka di mahkamah dan walaupun ia mengambil masa dua tahun, hari ini kami mendapat keputusan yang kami cari.”

Menurut Berwick Animal Rescue Kennels (BARK), Tiggy kini berada dalam keadaan yang lebih baik, lebih sihat, dan bahagia dengan rumah, kehidupan, kawan dan nama baharu.

Sementara itu, Enzo masih menunggu untuk dipelihara dan masih dijaga oleh pihak BARK.

Sumber: Metro.UK

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.