Sebut sahaja ‘tulang’, sudah tentu anda telah mengetahui kebanyakan maklumat mengenainya. Tulang ‘terbina’ di beberapa bahagian, misalnya tulang rusuk, tulang dada, tulang belakang dan tulang pinggul.
Namun pernah tak anda terfikir, bahagian tulang manakah yang paling kecil yang dimiliki tubuh badan manusia? Anda mungkin menganggap bahawa tulang paling kecil yang dimiliki manusia adalah di bahagian jari.
Tapi, sangkaan anda itu mungkin tidak tepat. Hal ini demikian kerana, ada lagi tulang lain yang lagi kecil daripada jari-jemari manusia. Tulang tersebut ternyata terletak di bahagian dalam telinga manusia.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai tulang terkecil yang terdapat di telinga, anda boleh ikuti perkongsian daripada Mental Floss di bawah.
Menurut Mental Floss, terdapat tiga tulang terkecil dalam badan manusia. Tiga tulang kecil itu ternyata berada di dalam telinga manusia. Istilah yang diberikan bagi tiga tulang kecil itu adalah ossicles (osikel).
Sebelum itu, anda perlu ketahui fungsi telinga pada tubuh badan manusia. Telinga merupakan salah satu daripada lima pancaindera yang dimiliki oleh manusia.
Melalui pancaindera telinga, manusia dapat mendengar. Menerusi pendengaran itulah yang membolehkan manusia berkomunikasi antara satu sama lain kerana boleh memahami apa yang didengari.
Osikel terletak di bahagian telinga tengah
Bahagian osikel ini terletak di telinga tengah. Peranan tiga tulang ini adalah untuk memindahkan bunyi ke otak.
Nama-nama tulang yang terdiri daripada osikel pendengaran diambil dari bahasa Latin. The malleus diterjemahkan kepada bahasa Melayu yang dipanggil sebagai tukul, incus dipanggil anvil manakala stapes dipanggil cangkuk.
Tiga tulang ini merupakan tulang terkecil yang dimiliki oleh tubuh badan manusia.

Dalam pada itu, Mental Floss turut berkongsikan bahawa saiz tulang paha dipercayai tulang terpanjang dan paling kuat dimiliki oleh tubuh badan manusia.
Walaupun setiap manusia memiliki ukuran badan yang berbeza-beza, tetapi tulang pahalah yang paling panjang yang terdapat dalam tubuh badan manusia.
BACA JUGA: Kerap Sakit Pergelangan Tangan? Ketahui Punca, Simptom Dan Cara Rawat
BACA JUGA: Risiko Tinggi, Enam Penyakit Tulang Dan Sendi Ini Perlu ‘Diawasi’ Jika Ada Diabetes
Sumber: Mental Floss