Iran dilaporkan telah melepaskan tembakan 12 butir peluru berpandu ke bangunan konsulat AS di bandar Irbil, utara Iraq awal pagi tadi, lapor Bahagian Keselamatan Rasmi Iraq, memetik Arab News.
Menurut Bahagian Pertahanan AS, peluru berpandu tersebut didakwa dilepaskan dari negara jiran selaku seteru Iraq, iaitu Iran.
“Namun beberapa peluru telah terkena pada konsulat AS, bangunan tersebut masih baru dan belum berpenghuni.
“Tidak pasti berapa banyak peluru berpandu telah dilepaskan dan (bagaimana) ketepatannya mendarat.
“Tidak ada sebarang kematian dilaporkan sejurus ia berlaku pada tengah malam (waktu tempatan) dan hanya terdapat sedikit kerosakan harta benda di kawasan itu,” jelasnya, lapor Arab News.
Dalam masa sama, Bahagian Pertahanan AS tersebut juga tidak dapat mengesahkan jenis peluru berpandu yang digunakan Iran.
Difahamkan, kejadian bedilan tersebut kini sedang disiasat oleh kerajaan Iraq serta kerajaan wilayah Kurdish.
Sementara itu, Perdana Menteri Iraq, Mustafa Al-Khadimi berkata, pencerobohan tersebut jelas bertujuan untuk menyebarkan ketakutan dalam kalangan penduduk Irbil.
Menurut Arab News, serangan itu berlaku beberapa hari selepas tragedi serangan Israel berhampiran Damsyik, Syria baru-baru ini yang didakwa membunuh dua anggota pengawal Revolusi Iran.
Jelas Arab News, Kementerian Luar Iran mengutuk keras serangan tersebut pada Rabu dan didakwa berikrar untuk membalas dendam.
Rakaman letupan konsulat AS dibedil peluru berpandu Iran tular
Sementara itu, kejadian bedilan itu juga sempat dirakam oleh penduduk setempat sebelum tular di media sosial.
Antara rakaman video yang tular adalah seperti yang dimuat naik oleh seorang wartawan Turki, Mete Sohtaoglu.
“Letupan berlaku di Erbil dan Baghdad di Iraq.
“Letupan berlaku serentak di Lapangan Terbang Erbil dan pangkalan Al-Harir di bawah kawalan AS.
“Ia disyaki berpunca daripada bedilan roket dan serangan UAV,” maklumnya di Twitter pagi tadi.
🔴📺 Multiple rocket attacks against #US embassy and consulate in #Baghdad/#Erbil in #Iraq. pic.twitter.com/WJhr4MQtuZ
— Mete Sohtaoğlu (@metesohtaoglu) March 12, 2022
Sumber: Arab News, Twitter Mete Sohtaogly
Baca: India Sahkan Tak Sengaja Tertembak Peluru Berpandu Ke Arah Pakistan