Siakap Keli

Keputusan Rasmi: BN Menang 40 Daripada 56 Kerusi PRN Johor

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional memenangi 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditawarkan pada Pilihan Raya Johor ke-15 kali ini.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata dengan keputusan itu, BN berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertanding atau majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media secara siaran langsung.

Selain itu, Pakatan Harapan memenangi 11 kerusi, Perikatan Nasional menang 3 kerusi dan PKR menang 1 kerusi serta Muda menang 1 kerusi.

Sumber: RTM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.