Siakap Keli

Saya Sedia Lepaskan Jawatan Sekiranya Itu Kepimpinan & Ahli PN Mahukan – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) susulan kekalahan PN pada Pilihan Raya Johor ke-15 ini.

Dalam sidang media sebentar tadi, Ahli Parlimen Pagoh berkata kekalahan PN pada PRN Johor adalah tanggungjawabnya.

“Saya sedia lepaskan jawatan sekiranya itu yang kepimpinan dan ahli PN mahukan. Namun, ia memerlukan persetujuan daripada rakan dalam gabungan PN iaitu Bersatu, Pas dan Gerakan jika mereka kata saya tidak perlu lagi pegang jawatan sebagai Pengerusi PN.

Katanya lagi, itu hak demokrasi pimpinan dan komponen parti.

”Menang jadi tanggungjawab saya, kalah pun saya bertanggungjawab.”

Walaupun terkilan dengan kekalahan PN, namun beliau akui masih menerima sokongan rakyat apabila memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Maharani, Bukit Kepong dan Endau.

“Saya sudah buat yang terbaik, semua sudah bekerja keras hadapi cabaran pada PRN Johor. Tidak mudah tampil sebagai ‘underdog’. Dahulu kami menang atas tiket parti lain, ada perbezaan situasi namun kami menerimanya,” jelasnya.

Bagaimanapun, Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini memberitahu PN akan melakukan ‘post-mortem’ diperingkat semua parti bagi mengenal pasti punca sebenar kekalahan PN pada PRN Johor kali ini. Tindakan ini penting untuk mencari punca PN tidak mendapat kerusi yang besar.

”Beberapa data di kawasan akan diteliti. Kempen di Johor telah menarik perhatian namun ia tidak cukup untuk perubahan berlaku di sini”, katanya.

Sumber: Sinar Harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.