Siakap Keli
Gambar: via Daily Mail

(Video) Ngeri, Monyet Dirakam Tangkap & Hempas Burung Camar Laut Atas Tiang Hingga Mati

Seekor monyet dilapor berubah menjadi ‘King Kong’ apabila ia bertindak memanjat tiang setinggi 20 kaki semata-mata untuk ‘menghempas-hempas’ burung camar laut yang terbang di udara, memetik laporan Daily Mail.

Menurut laporan, monyet berkenaan memukul-mukul burung camar itu sehingga ia mati kelemasan. Kejadian ngeri itu dilapor berlaku pada 26 Februari lalu di Zoo Chester, Cheshire di United Kingdom.

Rakaman perbuatan ‘kejam’ monyet itu berjaya dirakam oleh seorang individu bernama Bec Adamson, 32 tahun yang sedang melawat zoo berkenaan bersama-sama keluarganya.

Menerusi video itu, dapat dilihat monyet itu sedang memegang mangsa (burung camar laut) di bahagian kepala lalu menghempas-hempasnya beberapa kali di atas tiang tersebut.

Lebih mengerikan lagi apabila monyet itu dilihat ‘menjilat-jilat darah di jarinya’ apabila burung itu tidak lagi berdaya untuk melepaskan diri kerana lemas dipukul oleh monyet berkenaan.

BACA JUGA: (Video) Dipercayai Serangan ‘Balas Dendam’, Kumpulan Monyet Dilapor Bunuh 250 Ekor Anjing

Menurut Adam, monyet itu betul-betul menghempas burung camar itu di atas tiang lalu ia bertindak menarik-narik bulunya. Bukan itu sahaja, perbuatan monyet itu terhadap burung berkenaan juga dianggap sangat agresif.

Difahamkan, monyet berkenaan sememangnya liar dan ia sangat hebat dalam memburu, kata jurucakap Zoo Chester menerusi Daily Mail.

Seolah-olah adegam filem King kong

Dalam pada itu, Adam menyifatkan kejadian itu sama seperti adegan hebat dari filem ‘King Kong’ di mana seekor gorila besar bertindak menghempas kapal terbang.

Situasi itu dipadankan dengan situasi monyet ini yang ‘menghempas-hempas’ burung camar itu di atas tiang sehingga ia mati.

@just_b3c

lovely family day at #chesterzoo 🦧🙈😲🤣 #byebyebirdy #fyp #monkey #seagull #naturalhabitok

♬ I Believe I Can Fly – Charlie Grönvall

Terdahulu, pernah juga terjadi kejadian ganas melibatkan haiwan primat ini. Kira-kira tiga bulan lalu, berlaku kejadian beberapa ekor monyet yang dilapor membunuh 250 ekor anjing di sebuah daerah di India.

Menurut laporan ketika itu, monyet-monyet tersebut bertindak ganas dengan mengheret haiwan berkenaan ke puncak bangunan serta pokok sebelum menjatuhkannya ke bawah semula.

Difahamkan, penduduk di sana mendakwa kejadian ganas tersebut berlaku dipercayai berikutan tindakan balas dendam mereka selepas sekumpulan anjing berkenaan pernah membunuh salah seekor bayi monyet tersebut.

BACA JUGA: (Video) Panik, Telefon Wanita Ini ‘Dicuri’ Monyet Ketika Tengah Buat ‘Content’ Media Sosial

Sumber: Daily Mail & TikTok just_b3c

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.