Siakap Keli
Gambar: Antaranews

Waspada, Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa 9 Negeri Hingga 6 Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 3:30 petang (13 Mac 2022) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri dan kawasan sehingga 6:00 petang ini.

Antara kawasan yang terlibat adalah negeri Kedah, di kawasan Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Di negeri Perak pula, kawasan dijangka terlibat adalah di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Kawasan lain yang dijangka terlibat adalah Pulau Pinang.

Beralih ke negeri Kelantan, kawasan dijangka terlibat adalah di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Manakala di Terengganu pula, di Besut, Setiu dan Hulu Terengganu. Bagi negeri Pahang, di kawasan Kuantan dan Pekan.

Beralih ke negeri Selangor, hujan lebat dijangka melanda di kawasan Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Bagi neger Sarawak di Limbang. Manakala di negeri Sabah pula, Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

Bagi penduduk di kawasan yang dijangka terlibat, anda dinasihatkan untuk sentiasa berada di rumah dan berhati-hati bagi yang memandu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aireena Marizan