Siakap Keli
Gambar: MetMalaysia

3 Gempa Bumi Berlaku Dalam Tempoh 1 Jam, Tak Jauh Dari Malaysia Pagi Tadi

Sebanyak tiga gegaran gempa bumi berlaku dalam tempoh tidak sampai satu jam, tidak jauh dari Malaysia pagi tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut MetMalaysia, gempa bumi kuat pertama bermagnitud 6.4 pada skala Richter menggegarkan Luzon, Filipina, pada pukul 5:05 pagi tadi.

Difahamkan, gempa bumi tersebut berlaku di 121 kilometer Barat Daya dari Bandar Olongapo, Filipina.

Tambah laporan itu, ia juga dilapor berkedalaman sejauh 111 kilometer bawah.

Manakala pusat gempa bumi tersebut terletak pada 14.1° Utara dan 119.6° Barat.

Walau bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia yang dikeluarkan setakat ini.

Gempa bumi kuat kedua dengan bermagnitud 6.7 pada skala Ritcher pula dilapor berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 5:09 pagi.

MetMalaysia melaporkan, pusat gempa bumi tersebut terletak pada 0.6° Selatan dan 98.6° Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

MetMalaysia turut memaklumkan bahawa gegaran daripada gempa tersebut turut dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama Selangor, Negeri Sembilan, Melaka & Johor.

Walau bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Manakala gempa bumi ketiga pula dilapor sederhana dengan bermagnitud 5.7 pada skala Ritcher yang berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 5:38 pagi tadi.

Dalam pada itu, ia juga dilapor terletak 79 kilometer Barat Laut dari Siberut, Indonesia.

Walau bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia yang dikeluarkan setakat ini.

Terdahulu, turut pernah berlaku gempa bumi yang gegarannya dapat dirasai oleh sebahagian besar penduduk di negara ini, khususnya di bahagian Pantai Barat Semenanjung.

Gempa bumi tersebut yang berlaku kira-kira dua minggu lalu itu bermagnitud 4.9 pada skala Ritcher.

Ia dilapor menggegarkan kawasan Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 12:02 tengah hari (waktu tempatan), menyusul selepas gegaran sebelumnya pada pukul 9:39 pagi.

Menurut MetMalaysia, gempa bumi tersebut berlaku di 324 kilometer Barat Daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

Malah lapor MetMalaysia, impak gegarannya turut dirasai sehingga ke Lembah Klang khususnya.

Sebelum itu, bahagian barat Semenanjung terutama di kawasan Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor merasai gegaran gempa yang pertama.

BACA JUGA: Sekali Lagi Gempa Bumi Landa Utara Sumatera, Lembah Klang Pula Rasai Gegaran

Sumber: MetMalaysia

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.