Siakap Keli
Gambar: Vanguard News

Gadis 14 Tahun Dirogol Di Ladang Kelapa Sawit

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan dirogol di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di Kabupaten Tulang Bawang, Lampung, Indonesia.

Suspek berusia 32 tahun merupakan seorang penduduk di Daerah Penawar Aji, Tulang Bawang, Indonesia.

Difahamkan kejadian rogol itu berlaku di sebuah ladang kelapa sawit. Suspek dilaporkan telah mengugut mangsa untuk memuat naik video jika mangsa enggan mengikut kehendaknya.

Ketua Polis Bangunan Aji, Ipda Amir Hamzah berkata, suspek telah ditangkap pada Rabu (9 Mac) lalu sekitar pukul 10 malam waktu tempatan.

“Suspek ditangkap di dekat Masjid Raya, di kecamatan Gedung Aji”, jelas Ipda Amir Hamzah, mewakili Ketua Polis Tulang Bawang AKBP Hujra Soumena, Sabtu (12 Mac).

Penahanan suspek dibuat berdasarkan laporan yang dilakukan oleh bapa kandung mangsa.

Dalam kes ini, pegawai telah mengambil beberapa bahan bukti seperti pakaian, seluar serta seluar dalam milik mangsa.

Berdasarkan keterangan bapa kandung mangsa, kejadian itu berlaku pada Jumaat, 4 Mac lalu.

Kejadian bermula sewaktu mangsa dibawa oleh suspek menggunakan motosikal kira-kira jam 6:30 petang waktu tempatan.

Sebelum itu, mereka dilaporkan telah membuat temu janji untuk bertemu di Masjid Agung.

Mangsa kemudian dibawa oleh suspek ke sebuah pondok di ladang kelapa sawit Kampung Paduan Rajawali, Daerah Meraksa Aji. Disitulah mangsa telah kena rogol oleh suspek.

“Mulanya mangsa enggan. Tetapi suspek mengugut. Jika mangsa tidak mahu mengikut kehendaknya, maka (video) akan tular oleh suspek”, jelas Ipda Amir.

Sesudah merogol mangsa, suspek segera membawa mangsa ke Masjid Agung pada Sabtu, 5 Mac kira-kira jam 3:00 pagi.

Pada Rabu (9 Mac) pagi, mangsa telah menceritakan kisah sadisnya itu kepada bapa kandungnya.

Selepas mendengar berkenaan kejadian itu, bapa mangsa dilaporkan naik angin dan terus melaporkan kepada pihak polis.

Suspek telah ditahan di Balai Polis Bangunan Aji dan kini berdepan dengan hukuman penjara minimum 5 tahun dan maksimum 15 tahun serta denda maksimum Rp 5 bilion.

Sumber: Tribunnews

Aireena Marizan