Siakap Keli
Kredit: BERNAMA

(Gambar) Detik-detik Kejadian Banjir Kilat Di Sungai Siput, Perak Awal Pagi Tadi

Banjir kilat dilaporkan telah melanda kawasan perumahan di Taman Kledang, Sungai Siput, Perak awal pagi tadi, lapor Bernama.

Menurut tinjauan Bernama, mereka kongsikan foto-foto situasi penduduk taman tersebut yang bergegas keluar dari kawasan perumahan mereka.

“Penduduk keluar dari kawasan perumahan ekoran kejadian banjir kilat ketika tinjauan BERNAMA di Taman Kledang, Sungai Siput, Perak awal pagi ini.

“Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga turut melakukan kerja-kerja menyelamat,” lapor Bernama.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) turut memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan negeri pada malam ini.

“Ia disebabkan oleh fasa peralihan monsun yang dijangka bermula pada hari ini, 14 Mac 2022 dan akan berterusan hingga pertengahan Mei 2022,” jelasnya.

Gambar: Bernama
Gambar: Bernama
Gambar: Bernama
Gambar: Bernama
Gambar: Bernama
Gambar: Bernama

Terdahulu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dalam satu kenyataan menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk melakukan persedian awal bagi menghadapi fasa peralihan monsun.

Menurut JPS, ia dijangka akan berlaku bermula pada 14 Mac hari ini dan akan berterusan hingga pertengahan bulan Mei nanti.

“Permulaan fasa ini menandakan akan berakhirnya  Monsun Timur Laut (MTL) yang telah bermula sejak 3 November tahun lalu.

“Kejadian ribut petir dijangka akan berlaku lazimnya membawa hujan lebat beserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

“Susulan daripada situasi ini, risiko kejadian banjir kilat meningkat dan sangat bergantung kepada keupayaan sungai, sistem saliran, kolam takungan, pintu air, rumah pam, pam mudah alih dan lain-lain infrastruktur bajir sedia ada,” maklum JPS dalam satu kenyataan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, JPS Malaysia akan terus melaksanakan operasi dan kerja-kerja penyelenggaran semua infrastruktur berkenaan secara berkala supaya ia akan berfungsi dengan baik.

“Ban dan tebing sungai juga akan sentiasa dipantau rapi untuk memastikan tindakan serta merta dilaksanakan apabila berlakunya kejadian ban pecah atau tebing runtuh.

“JPS turut akan melaksanakan Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yang kini telah beroperasi penuh di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang,” maklum JPS lagi.

Difahamkan, sistem ini bertujuan untuk meramal dan memberi amaran banjir bagi membantu pasukan penyelamat dan masyarakat untuk bersiap sedia menghadapi banjir.

JPS turut menasihati kepada penduduk yang tinggal di kawasan rendah serta berhampiran dengan sungai untuk sentiasa berwaspada dan peka untuk menghadapi banjir.

Sumber: BERNAMA

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.