Kehadiran pelakon dan penyanyi Tono Phakin atau nama sebenarnya Phakin Khamwilaisak di hari terakhir pengebumian aktres Thailand, Tangmo Nida telah mencuri perhatian ramai.
Beliau yang merupakan bekas suami kepada mendiang telah datang dengan berkemeja putih yang dipadankan bersama kot bewarna hitam.
Menurut Kompas.com, matanya kelihatan sembab dan jelas ekspresi kesedihan pada raut wajahnya meskipun ketika itu dia sedang memakai pelitup muka.
“Hanya sekali dia terlihat menyapa seseorang, selebihnya dia hanya mendiamkan diri dan membiarkan rambutnya jatuh menutupi matanya.
“Dia juga kelihatan sempat berdiri ‘mematung’ menatap gambar mendiang.
“Ketika gambar-gambar dan video kenangan bersama dia dan mendiang dipaparkan pada skrin layar, jelas terpapar kesedihan pada raut wajahnya.
“Dia turut mengalirkan air mata ketika momen ketika hari pernikahan mereka dipaparkan pada skrin layar,” lapor Kompas.com.
Memetik Kompas.com, hal yang paling mengharukan dan menjadi topik perbulan hangat apabil Bird, kekasih Tangmo mendekati Tono serta memeluknya.
Info tambahan, selain Bird, Tono juga salah seorang yang bersama-sama dengan kumpulan penyelamat membantu dalam misi pencarian mayat Tangmo Nida sebelum dijumpai.
Dalam masa sama, Nick Kunathip yang merupakan mantan kekasih Tangmo Nida turut menghadiri upacara pemakaman mendiang pada 13 Mac 2022, Ahad, lapor Kompas.com.
Sumber: Kompas.com