Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali secara rasminya telah keluar daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hari ini.
Khairuddin memaklumkan pengumuman sedemikian menerusi satu sidang media yang berlangsung sebentar tadi.
“Maka dengan ini saya Mohd. Khairuddin Aman Razali, pemegang nombor keahlian PAS 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS,” umumnya hari ini.
Sehubungan itu Khairuddin mengucapkan jutaan terima kasih kepada parti itu atas peluang yang diberikan untuknya menjadi ahli seawal usia 16 tahun pada 1989 lalu.
Bekas Menteri Perusahaan, Perladangan & Komoditi itu juga turut mengimbas semula perjalanan karier politiknya dalam PAS selama 33 tahun sehingga ke hari ini.
Terdahulu, Khairuddin turut pernah digugurkan daripada jawatan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS pada Januari lalu.
Sumber: FB Dr. Khairuddin at-Takiri