Siakap Keli

(Video) Abang Ni Ajar Bagaimana Cara Buat ‘Ketupat Kayu’, Bentuk Meja Makan Yang Unik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebut sahaja ketupat, pasti anda terbayangkan juadah utama di hari raya yang enak dimakan dengan rendang, kan? Cuma pernah tahu tak ‘kewujudan’ ketupat kayu?

Menyentuh tentang kayu, seni ukiran berasaskan kayu ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Ia memerlukan minat, kemahiran dan kesabaran yang tinggi untuk menyiapkan sesuatu projek.

Tidak dinafikan, barangan ataupun perabot yang dibuat daripada kayu sememangnya mampu menarik perhatian ramai. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai minat mendalam terhadap seni berasaskan kayu.

Menerusi perkongsian Airiel Ibnu Sufian melalui kumpulan Facebook Tukang Apa Hari Ini (T.A.H.i), beliau kongsikan cara-cara membuat meja makan kayu dengan ukiran seakan-akan ketupat raya.

Ikuti perkongsian beliau yang telah kami sertakan di bawah ini, moga bermanfaat.

Cara ‘anyam’ kayu jadi meja makan

Di saat netizen sibuk mengkaji kes Tangmo, Abang lebih memilih untuk siasat apa punca Abang Aziz jatuh bot dulu.

Namun begitu, post ni takde kaitan pun dengan dua-dua kes tu. Bak kata lejeng; “Mu diang, aku takdok urusang dengang mu!” Tibe. 

Post kalini abang nak share resepi ketupat kayu yang abang cipta sendiri dengan penuh khusyuk dan tawadhuk.

Mula mula kau potong lah papan tu sama panjang semua. Macam yang abang buat ni, semua 7″. Lebar papan kena sama. Abang buat 3.5″ lebarnya.

Walaupun panjang dan lebar sama, hati lain lain.

Gambar: Airiel Ibnu Sufian

Then kau buang lah lebihan-lebihan tepi tu semacam mana kau buang semua kenangan dengan ex kau dulu.

Ya, termasuk surat yang penuh bedak dalam sampul surat border merah biru tu.

Gambar: Airiel Ibnu Sufian

Mesti ada yang nak tanya, abang buang lebihan kayu tepi tu dengan apa? Dengan penuh kesabaran dik. 

Gambar: Airiel Ibnu Sufian

Kau nampak abang lembutkan bucu bucu kayu tu? Ahaaaa, tu baru kayu, belum cerita macam mana abang lembutkan hati akak kau lagi.

Gambar: Airiel Ibnu Sufian

Then kau buatlah kaki yang kukuh bagi menjamin kestabilan jangka masa panjang meja tu. Tak, takde punchline kat sini, janganla berharap sangat.

Gambar: Airiel Ibnu Sufian

Selalu abang dapat komen berbunyi, “Kenapa buat macamtu? Kenapa tak buat macamni? Kalau aku, aku buat macamtu macamni macam best je bla bla bla..”

Jawapan abang mudah. Sebab abang yang buat dan abang tak buat untuk kau. Kalau kau buat, buatlah macam mana kau nak buat. Takyah feeling macam yang abang tunjuk ni untuk kau.

Gambar: Airiel Ibnu Sufian

Ukuran meja ni adalah 72″x30″x30″. Ukuran kerusi tu pulak 14″x15″x18″ +32″(backrest). Tapi time Abang kenal Akak kau dulu, akak kau cakap paras rupa bukan ukuran.

Gambar: Airiel Ibnu Sufian

Meja ni pulak 30″x30″x30″. Dan akak kau masih tak menjadikan paras rupa sebagai ukuran. Nampak tak betapa akak kau terima abang sehabuknya..eh seadanya.

Gambar: Airiel Ibnu Sufian

Untuk finishing, abang guna step, gosok(grid 120-240)-sealer-gosok (grid 400)-Clear Lacquer.

Untuk akak kau abang guna formula, argue-pujuk-ngaku salah(walaupun tak salah)-pujuk-ngaku salah lagi-bawak gi makan. Jangan tanya lelebih. Selamat mencuba.

Gambar: Airiel Ibnu Sufian

Perabot kayu elok padankan dengan lampu oren. Hati yang sunyi elok padankan dengan si dia yang sudi. Chiaaaaah!

Gambar: Airiel Ibnu Sufian

Nanti mesti kau fikir, “Nanti kalau masuk makanan celah papan tu, jenuh nak mencuci”

Jangan risau. Ni masa baru hantar. Owner dia letak plastik jernih or kaca nanti. Bagus kau ni. Prihatin.

Gambar: Airiel Ibnu Sufian

Nanti bila bila kau datang sini, jangan makan meja walaupun nampak cam ketupat. Makan lemang je. Faham?

Follow tiktok abang: www.tiktok.com/@mambang_kayu

Dari tiktok tu ada link instagram, dari instagram tu ada link youtube. Dari youtube tu, kau baru sedar dah 3 jam kau scroll phone.

Gambar: Airiel Ibnu Sufian
@mambang_kayu

Herringbone Dining Table for 8 & 4. #fypシ #woodworking #perabotpallet #palletpine #mambangkayu

♬ original sound – Haqiem_stopa – Haqiem_stopa

Sumber: Facebook Airiel Ibnu Sufian via T.A.H.I, Tiktok Mambang Kayu

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.