Siakap Keli
Gambar via Tsu Feh Sufiah

Akak Ni Kongsi Resipi Buat Tart Nanas ‘Homemade’, 100% Diperbuat Daripada Isi Nanas…Confirm ‘Padu’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebut pasal nanas, pasti ramai terfikir tentang buah nanas yang segar. Buah nanas sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak dahulu lagi.

Tidak dinafikan ia boleh diproses menjadi sajian dalam pelbagai bentuk seperti jus, kuih-muih dan makanan. Selain itu, tart nanas, jus nanas juga antara yang menu yang diproses daripada buah nanas.

Tak lama lagi, bulan Syawal menjelang tiba,  pasti ramai yang tengah tercari-cari resepi membuat kuih tart nenas yang sedap, lebih-lebih lagi yang versi ‘homemade‘.

Jangan khuatir, seorang warga Group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), Tsu Feh Sufiah ada berkongsikan resipi biskut ‘tart nanas homemade‘ yang pasti akan membuatkan hari raya anda lebih bermakna kali ini.

Apa yang menarik tentang tart nanas ini adalah intinya diperbuat daripada 100 peratus isi buah nanas. Nak tahu dengan lebih lanjut tentang resepi tart nanas ini? Mari ikuti perkongsian ini dibawah.

Selamat mencuba!

Wanita Kongsi Rahsia Di Sebalik Resepi ‘Tart Nenas Homemade’

Gambar via Tsu Feh Suffiah

Mak kita peminat tart nanas. Tapi mak tak suka yang beli sebab susah nak jumpa inti homemade. Kebanyakkan instant kilang made.

Sebab tu setiap tahun kita akan buatkan tart nanas khas untuk mak dan family guna inti nanas buat sendiri.

Tapi mak kita suka guna sagat. Anak dia guna blender je. Sakit jari kalau tersagat.

Nak buat inti nanas tak susah pun. Apetah lagi sekarang guna pressure cooker je. Blend, tekan, siap

Ni kita share, boleh la buat bulan pose nanti.

Cara-cara membuatnya:

  1. Blend 2 biji nanas bersama secawan air (air tak perlu banyak. Yang penting blender boleh pusing) air boleh ulang guna yang sama. Jangan buang airnya sebab pemanis dia ada dalam air.
  2. Letak simpulan daun pandan. (Ada yang suka letak cengkih tapi saya tak letak).
  3. Gula 1 cawan. (Boleh adjust ikut tahap manis yang disukai)
  4. Stir fry 20 minit. Tutup penutup jangan rapat sangat. Dah kering boleh buka dan kacau. (Boleh tambah masa jika belum kering)
  5. Siap! Boleh simpan dalam peti ais bile dah sejuk.

Senang dan cepat kan? Yang penting takde bahan pengawet.

Dari dapur,

Tsu Feh Sufiah.

Gambar vIa Tsu Feh Sufiah
Gambar via Tsu Feh Sufiah
Gambar via Tsu Feh Sufiah
Gambar via Tsu Feh Sufiah
Gambar via Tsu Feh Sufiah

 

Sumber: Tsu Feh Sufiah melalui perkongsian Masak Apa Hari Ini

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.