Legenda World Wrestling Entertainment (WWE), Scoot Hall meninggal dunia pada usia 63 tahun pagi tadi.
Berita sedih tentang pemergian Scoot Hall atau lebih popular dikenal sebagai The Bad Guy itu disampaikan menerusi laman Facebook WWE dan dirasai peminatnya dari seluruh dunia.
Mendiang meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa dengan alat bantuan pernafasan akibat komplikasi jantung akibat pasca pembedahan di Hospital Wellstar Kennestone di Georgia.

Terkenal dengan karakter ikoniknya sebagai Razor Ramon, penggusti ini telah memulakan kerjaya gusti profesional pada tahun 1984 dengan memasuki beberapa organisasi terkemuka di Amerika Syarikat sebelum akhirnya mencipta nama di pentas WWE pada Mei 1992.
Warga WWE turut bersedih apabila mendapat tahu Razor meninggal dunia. Seluruh warganya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
Sumber: CNN