Siakap Keli
Gambar Hiasan via CNBC

Minyak Mentah WTI Kini Turun 5% Di Bawah RM412 Setong

Harga minyak dunia jatuh lagi sebanyak lima peratus, menembusi paras bawah USD 100 (RM 420.95) setong, lapor CNBC.

Berdasarkan laporan, penanda aras antarabangsa niaga hadapan minyak mentah Brent dilaporkan susut 5.52 peratus untuk didagangkan kepada USD 101 (RM 425.16) setong.

Di samping itu, minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) juga menunjukkan penurunan sebanyak 5.21 peratus untuk didadangkan pada harga USD 97.64 (RM 411.02) setong.

Penurunan harga ini berlaku selepas harga minyak merorot secara mendadak, iaitu lebih 8 peratus semalam.

Memetik daripada laporan CNBC, harga minyak telah menyaksikan perubahan yang ketara sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, yang menimbulkan kebimbangan kepada gangguan bekalan dalam pasaran.

Penanda aras hasil Perbendaharaan menunjukkan peningkatan berbanding semalam, iaitu 2.1579 peratus selepas mendahului 2.14 peratus semalam.

Kenaikan dalam hasil Perbendaharaan berlaku ditengah-tengah jangkaan bahawa Rizab Persekutuan A.S. bersedia untuk mengumumkan kenaika kadar faedah pada hari Rabu.

Sumber : CNBC 

Fathin Nadzira