Perdana Menteri United Kingdom telah mengarahkan peminat bola sepak Chelsea untuk berhenti bersorak nama pemilik kumpulan bola sepak tersebut iaitu Roman Abramovich, menurut jurucakap Perdana Menteri Boris Johnson.
Sekumpulan penyokong Chelsea, The Blues berterusan melaungkan nama pemilik kelab bola sepak tersebut walaupun tahu bahawa pihak kerajaan United Kingdom telah menyekatnya berikutan krisis peperangan Ukraine dan Russia baru-baru ini.
Menurut laporan The Sporting News, peminat Chelsea mengatakan yang mereka merasai hubungan yang ada dengan pemilik kelab bola sepak itu yang mana melalui kepimpinan dan kekayaannya telah membolehkan Chelsea membawa pulang berbagai trofi ke Stamford Bridge sejak beberapa tahun lalu.
Namun begitu berhubung isu baru-baru ini, tindakan The Blues yang masih menunjukkan sokongan kepada pemilik kelab bola sepak tersebut telah menimbulkan amarah dan kecaman daripada pelbagai pihak.
Akibat dari itu, ramai peminat dari kelab bola sepak yang lain berasa kecewa dengan sikap mereka yang menyamakan kesusahan rakyat Ukraine dengan peminat bola sepak.
Kini jurucakap Perdana Menteri Boris Johnson telah mempertimbangkan isu berkenaan dengan lebih lanjut.
Apa Yang Dikatakan Oleh Boris Johnson Kepada Peminat Chelsea?
Semasa dua perlawanan terakhir Chelsea, di Carrow Road menentang Norwich City dan menjadi tuan rumah menentang Newcastle United, para peminat The Blues dilihat masih menunjukkan sokongan mereka kepada pemilik kelab bola sepak tersebut.
"Chelsea get sanctioned everywhere they go." Some dark humour from the away fans. https://t.co/JvtmQOa6nc
— Nizaar Kinsella (@NizaarKinsella) March 10, 2022
“Kami mengiktiraf ikatan emosi antara peminat dengan kelab yang disokong,” kata satu kenyataan rasmi daripada jurucakap Johnson. “Tetapi itu tidak memberikan anda hak untuk bersikap melulu yang mana sangat tidak sesuai pada masa ini.”
“Saya rasa setiap orang boleh tunjukkan sokongan dan semangat mereka kepada kelab yang mereka sokong tanpa perlu melakukan perkara seperti berikut.”
Walaupun laungan dari hujung tempat lawan di Carrow Road begitu kuat dan bersemangat, ia nampaknya reda semasa perlawanan tuan rumah menentang Newcastle berlaku, menurut laporan dari lapangan.
To the credit of Chelsea fans, the only chant about Abramovich so far has just come from Newcastle fans (and it's not positive).
— Miguel Delaney (@MiguelDelaney) March 13, 2022
Perdana Menteri Mempertimbangkan Kemungkinan Penjualan Chelsea
Di tempat lain, jurucakap Johnson bercakap mengenai potensi penjualan kelab itu, dan Abramovich dilihat bersedia untuk melepaskannya sebelum sekatan dikenakan.
“Kami terbuka kepada penjualan kelab, kami akan mempertimbangkan permohonan untuk mendapatkan lesen untuk membenarkan perkara itu berlaku mengikut proses yang betul,” katanya.
“Tetapi ia adalah keputusan Chelsea untuk menentukan apa yang terbaik bagi mereka. Berdasarkan pemahaman saya, pembeli berpotensi akan mendekati kelab, yang kemudiannya perlu memohon lesen yang dipinda selanjutnya untuk memudahkan penjualan. Setakat yang saya tahu masih belum ada sebarang khabar berkenaan perkara tersebut.”
Abramovich telah mengumumkan secara terbuka dia akan menjual kelab itu, dan itu nampaknya merupakan jalan terbaik untuk membubarkan perintah sekatan ke atas Chelsea. Buat masa ini, kelab bola sepak tersebut masih tidak dapat mengambil pendapatan dan terhad dalam keupayaannya untuk berbelanja.
Sumber: The Sporting News