Siakap Keli
Gambar: Youtube Trending

TV Alhijrah Beri Penjelasan Kenapa ‘Kak Long 7E’ Hadir Ke Studio

Kehadiran individu bergelar ‘Kak Long’ 7E’ ke studio TV Alhijrah seperti yang tular baru-baru ini adalah bertujuan untuk diberi teguran dan pengajaran dalam rancangan Trending.

TV Alhijrah dalam satu kenyataan menjelaskan, teguran dan pengajaran tersebut diberikan oleh seorang agamawan yang berperanan sebagai panelis rancangan.

“Kehadiran ‘Kak Long 7E’ di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panelis yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada ‘Kak Long 7E’.

“(Supaya beliau) agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya di media sosial,” maklum stesen TV tersebut hari ini.

Menurut TV Alhijrah, rancangan Trending berkenaan merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

Bagaimanapun difahamkan, penyiaran episod rancangan tersebut terpaksa ditangguhkan ekoran mengambil kira situasi umum.

“TV Alhijrah juga mengambil kira kegelisahan yang tercetus dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod tersebut.

“TV Alhijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” tambah kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, tular sekeping gambar di media sosial yang memaparkan keberadaan individu tersebut di studio TV Alhijrah yang dilihat berdiri bersama panelis dan pengacara rancangan berkenaan.

Sumber: TV Alhijrah

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.