Perselisihan faham hingga menyebabkan pergaduhan sering saja berlaku di antara kita. Selalunya, kita dapat lihat pergaduhan secara visual sama ada melibatkan fizikal ataupun hanya sekadar ‘bergaduh mulut’.
Umumnya, pergaduhan secara visual ini boleh didakwa dan dibawa ke mahkamah untuk saman dan sebagainya. Namun, bagaimana pula jika pergaduhan itu berlaku hanya melalui pesanan ringkas atau WhatsApp? Boleh ke ambil tindakan? Boleh saman?
Menerusi video Tiktok milik seorang peguam, Hafidzah Hassan, beliau kongsikan bahawa tiada akta yang membolehkan seseorang individu untuk saman jika pertelingkahan berlaku hanya melalui WhatsApp.
“Tidak boleh saman antara satu sama lain kerana ia tiada sebarang penyebaran dari orang ketiga.
“Namun, ini hanya untuk yang berkaitan dengan saman fitnah sahaja, saman lain kita harus lihat balik fakta tersebut,” jelasnya.
Beliau turut memuat naik satu lagi video bagi menjawab persoalan dari netizen yang berbunyi “Kalau nak saman kena umpan bawa orang lain dulu ke baru boleh?”
Beliau menjawab persoalan tersebut seperti berikut:
“Apabila satu penghinaan atau fitnah yang berlaku antara dua pihak sebagai contoh, kita dan seorang lagi individu yang lain.
“Kemudian kita screenshot dan kita sebarkan kepada public, dah tidak boleh saman,” jawabnya melalui video tersebut.
Untuk penjelasan yang lebih mudah difahami, anda boleh tonton video beliau yang telah kami sertakan di bawah.
@hafidzahhassan fitnah di whatsapp #peguam #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #peguam #lawyer #lawyerlife #foryoupage
@hafidzahhassan Reply to @kerajaanlangit69 diri sendiri sebarkan penghinaan #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #fyp #foryou #foryourpage #peguam #lawyer
BACA JUGA: Boleh Kena Saman Kalau Rosak, Ini Kepentingan Lampu Brek Ketiga Kereta Anda Perlu Tahu
Sumber: TikTok Hafidzah Hassan