Memakai mask atau pelitup muka sangat penting untuk menjaga keselamatan kita dan orang lain, lebih-lebih lagi di musim pandemik ini. Rata-rata orang ramai tidak mempunyai masalah dengan memakai mask ini tetapi ianya agak menyukarkan bagi sesetengah indiviu yang menggunakan sistem ‘Face ID’ untuk unlock telefon pintar mereka, misalnya pengguna Iphone.
Keadaan ini lebih merumitkan apabila setiap kali untuk masukkan ke mana-mana premis kena buka telefon untuk mengimbas kod Mysejahtera. Mungkin bagi sesetengah orang perkara ini biasa kerana boleh menggunakan cara lain seperti masukkan kod untuk buka telefon.
Oleh kerana SK pun mengalami perkara yang sama, maka perkongsian kali ini tentang cara ‘unclok’ telefon sambil memakai topeng muka.
Menerusi video ini, Apple telah memuatnaik satu video tutorial cara yang boleh digunakan untuk membuka kekunci pada Iphone walaupun sedang memakai pelitup muka. Ini langkah-langkah yang perlu korang ikut.
1. Pastikan telah kemaskini iOS 15.4 ke atas
Sebelum itu, pastikan Iphone korang telah dikemaskini dengan iOS 15.4 ke atas. Jadi, selepas itu, korang boleh gunakan ‘Face ID’ untuk iPhone 12 atau 13 semasa memakai pelitup muka.
2. Setting > Face ID & Passcode
Langkah seterusnya adalah klik bahagian setting, dan cari ‘Face ID dan Passcode’ (kod laluan).
3. Masukkan passcode (kod laluan)
4. Tekan butang ‘on’ untuk ‘Face ID dengan Mask’
5. Jangan memakai pelitup muka semasa membuat proses ‘set up’.
6. Klik ‘done’ jika sudah selesai dan klik pada ‘set up an alternate appearance’.
Jadi, korang dah boleh mengimbas muka untuk membuka kekunci iPhone korang.
Selamat mencuba.
BACA: Warna Baru, Apple Lancar Iphone 13 & 13 Pro Edisi Hijau “Alphine”
Sumber: Apple Support