Siakap Keli
Gambar: tik00100tok

(Video) Tular, Kemunculan Kelibat Perempuan Berwajah Pucat Cetus Perdebatan

(Video) Tular, Kelibat Perempuan Berwajah Pucat Dirakam Cetus Perdebatan

Satu kelibat menyeramkan berjaya dirakamkan dalam video yang dikongsi oleh sebuah akaun Instagram bernama @memomedsos.

Dalam video itu, terdapat wajah pucat yang muncul dan tiba-tiba hilang selepas kamera mendekatinya.

Daripada video yang dikongsikan, kelihatan seorang perempuan berbaju gelap dan berambut panjang sedang duduk di atas katil dengan membelakangi pintu bilik.

Dia dilihat duduk bersila menghadap dinding di hadapannya dan tidak berganjak ketika perakam memasuki biliknya.

Ketika perakam video itu memasuki bilik perempuan tersebut, dia terlihat kelibat didakwa wanita berwajah pucat sedang mengintai ke arah kamera.

Padahal pada ketika itu, tubuh wanita yang sedang duduk di dalam bilik itu tidak langsung berubah kedudukannya.

Semasa perakam video itu menghampiri perempuan yang sedang duduk di atas katil itu, wajah pucat tersebut terus hilang.

Sementara itu, wajah wanita yang mengintai itu tidak menyahut langsung si perakam tersebut sewaktu perakam itu memanggil mereka. Sedangkan sebelum itu, perempuan itu kedengaran seperti sedang bercakap di dalam biliknya.

Daripada maklumat yang dinyatakan oleh akaun Instagram @memomedsos, kejadian aneh itu berlaku pada pukul 7 malam.

“Waktu kejadian seram itu berlaku pada pukul 7 malam. Wanita itu dilihat sedang duduk menghadap susuk tubuh berwajah pucat.

“Lebih menakutkan, kelibat itu hilang apabila dihampiri. Perempuan yang sebelum ini dilihat berbual hanya duduk diam dan enggan mendedahkan rahsia bahawa terdapat sosok berwajah pucat di depannya,” tulis akaun itu.

Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan serta dimanakah kejadian itu berlaku.

Video itu turut mendapat pelbagai komen dan pandangan dalam kalangan warganet.

“Hebatnya, sekarang hantu ada bayang-bayang,” tulis seorang warganet.

“Ada bayang-bayanglah, ni perlu edit lagi ni,” tulis seorang lagi.

“Tapi ada bayang-bayang, kalau hantu tak ada bayang, betul tak?” tulis yang lain.

Walaupun begitu, video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton sebanyak 66 juta kali di TikTok.

@tik00100tok

🥶😱😰

♬ الصوت الأصلي – Propaganda

Sumber: suarajogja.id

Aireena Marizan