Sebut sahaja tentang nasi arab, ia memang sangat ‘kena’ dengan selera tekak kebanyakan orang kita. Nasi arab ini biasanya dijual di kedai-kedai Arab di sekitar bandar.
Kebiasaannya nasi arab ini menjadi antara sajian pilihan ketika makan tengahari atau makan malam. Berunsurkan rempah dan herba asli, ia sering dihidang bersama lauk ayam, daging lembu dan juga kambing.
Selain itu, nasi arab juga mempunyai pelbagai jenis variasi hidangan, antara yang cukup popular ialah mandy dan khabsah.
Baru-baru ini, viral video yang dimuat naik di Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) oleh Nur Farah mengenai resipi masakan nasi yang ala-ala hidangan dari Timur Tengah itu.
Bagi mereka yang ingin mencuba masakan istimewa ala-ala nasi arab seperti yang dikongsikan Nur Farah ini, anda boleh baca perkongsian di bawah ini dan mencubanya sendiri di rumah
Selamat mencuba!
Viral Di TikTok & Lebih 2.6k ‘Share’, Wanita Kongsi Resepi Menu Masakan ‘Ala Nasi Arab’
Tengah hangat menu ni di TikTok, tak tahu apa namanya tapi lebih kurang nasi arab juga kot? Habis licin ye sebab sedap! Boleh repeat lagi untuk menu berbuka nanti.
- 4-5 ketul ayam
- Serbuk kunyit
- Lada hitam
- Garam
- 1 – 2 biji kentang (hiris)
Bahan tumis:
- 1 labu bawang besar
- 2-3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Rempah 4 sekawan
- 1 sudu makan rempah sup
- 2 cup beras basmathi
- Air secukupnya (boleh guna air rebusan ayam juga)
- Akar ketumbar
- 1 biji tomato – potong dadu
- 1 kiub ayam
- Perap ayam dengan garam, kunyit dan lada hitam. Goreng manja. Boleh goreng kentang asing hingga hampir garing.
- Tumis bahan tumisan hingga naik bau. Masukkan air sikit kalau kering sangat.
- Campur bahan tumisan ke dalam nasi, tomato, akar ketumbar, kentang digoreng dan perasakan.
- Boleh dihidangkan bersama sambal (rara guna resepi sambal nasi arab Che Nom) dan sayur-sayur.
https://www.facebook.com/raratan29/videos/675643623559745
Sumber: Nur Farah via Masak Apa Hari Ni