Siakap Keli
wanita bersalin 12 kali
Gambar via Mirror

12 Kali Bersalin Dalam Tempoh 12 Tahun, Wanita Mengaku Seronok Ada ‘Baby’

Seorang wanita dari New Mexico, Amerika Syarikat mengaku seronok melahirkan bayi dari rahimnya sebanyak 12 kali dalam tempoh 12 tahun berkahwin.

Wanita berusia 37 tahun yang dikenali sebagai Courtney Rogers bersama suaminya Chris baharu sahaja menyambut kelahiran anak bongsu mereka pada 7 Mac lalu, menggenapkan jumlah anak mereka kepada 12 orang.

Menurut laporan Mirror, pasangan berkenaan mengaku tidak menyangka bakal dikurniakan anak sebanyak itu ketika mengambil keputusan membina sebuah keluarga, malah Courtney dikatakan pernah mengalami keguguran.

Anak sulung pasangan itu lahir pada 30 Mac 2010 dan dinamakan sebagai Clint. Setelah anak lelaki pertama mereka lahir, pasangan Courtney dan Chris dikurniakan lima lagi anak lelaki, diikuti enam anak perempuan.

Gambar via Mirror

“Clint lahir tiga minggu sebelum saya menginjak usia 26 tahun, namun ketika itu saya tak terfikir bakal melahirkan lebih ramai anak.

“Saya ingat saya sudah terlalu tua ketika berusia 26 tahun dan tak menyangka mereka ‘datang’ secepat ini, ditambah pula dengan kehadiran sepasang kembar.

“Kemudian kami rasa kami patut memperoleh paling banyak 10 orang anak, tapi saya fikir saya masih muda dan cukup sihat, jadi kami cuba sehingga yang ke-12,” kata Courtney memetik laporan Mirror.

Anak pasangan tersebut terdiri daripada Clint, 12 tahun; Clay, 10; Cade, sembilan; Callie, lapan; Cash, tujuh; pasangan kembar Colt dan Case, enam; Calena, empat; Caydie, tiga; Coralee, dua; Caris, setahun dan seorang bayi baru lahir yang dinamakan Cambria.

Lapor Mirror, Cambria lahir melalui kaedah pembedahan (C-section). Anak bongsu pasangan itu sempat ditahan di hospital selama beberapa hari selepas didapati menelan terlalu banyak bendalir dan terpaksa bergantung pada bantuan oksigen.

Rasa pelik jika tak dikurniakan anak lagi

Setelah bergelar seorang ibu selama 12 tahun, Courtney berkata, tempoh paling lama dia tidak hamil adalah tujuh bulan, manakala jarak anak mereka yang paling jauh adalah 20 bulan kerana dia sempat keguguran.

“Ia terasa pelik sekiranya kami tidak memperoleh bayi lagi.

“Kehamilan ‘melayan’ saya dengan baik, saya tidak pernah jatuh sakit atau terlantar, jadi saya sentiasa mampu menjaga anak-anak.

“Saya seronok mempunyai bayi,” ujar wanita berkenaan.

Sewaktu menguruskan anak-anaknya yang ramai, Courtney berkata dia dapat melihat personaliti anak-anaknya berkembang seiring usia mereka.

Gambar via Mirror

Courtney dikatakan berbelanja besar setiap minggu, termasuk 80 lampin pakai buang, enam buku roti dan 10 gelen susu. Manakala sarapan pagi mereka setiap hari adalah 24 biji telur dan sekotak penuh bijirin.

Pasangan itu kini memfokuskan kepada kerja membaik pulih rumah mereka bagi mewujudkan tujuh buah bilik tidur, selain tidak mempunyai perancangan untuk menambah bilangan anak.

Mereka sekeluarga tinggal di sebuah kawasan perladangan dan menternak lebih 200 ekor haiwan ternakan di ladang berkenaan.

Courtney turut aktif di laman sosial, berkongsi kehidupan seharian mereka bersama 35 ribu pengikut di Instagramnya, @littlehouseinthehighdesert.

Sumber: Mirror

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.