Siakap Keli

Daging Korban Dengan Kuasa Pembungkusan Retort Tahan Selama 2 Tahun

Percaya tak daging korban boleh tahan dua tahun?
Bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi dua tahun!

Qurban Care for Ummah, QC4U telah melahirkan inisiatif baru dengan menginovasikan daging sembelihan korban menjadi pek korban yang telah siap di masak dan dibungkus dalam pek kecil. Dengan menggunakan teknologi pembungkusan retort daripada Jerman, ini membolehkan pek korban yang telah siap di masak dapat bertahan dalam tempoh 2 tahun.

Qurban Care for Ummah, QC4U adalah projek yang dilaksanakan oleh MyFundAction bagi membantu pengagihan daging korban kepada umat Islam yang memerlukan (asnaf) di dalam Malaysia dan juga luar negara termasuklah Afrika, Syria, Palestin, Indonesia, New Zealand, Mesir, Jordan dan Yaman.

Agihan ini juga tertumpu kepada umat Islam yang terjejas kesan daripada covid-19, bencana alam golongan asnaf dan negara yang terlibat dengan peperangan.

Kita sedia maklum bahawa mereka ini sukar mengakses bekalan makanan yang mencukupi akibat daripada kejadian yang melanda. Jadi, ini merupakan salah satu usaha untuk kita membantu mengisi perut kosong mereka. Runtun hati kami tatkala melihat anak-anak menjamah makanan yang sudah tercemar semata-mata ingin meneruskan kelangsungan hidup ketika menghadapi ujian tersebut.

Sebanyak 1174 pek korban ini telah berjaya di agihkan kepada salah satu bencana alam yang berlaku di Sri Muda dan seluruh Malaysia yang terkesan akibat banjir. Mereka tidak perlu masak dan boleh makan terus pek korban tersebut dan memudahkan mereka di kala semua barang memasak mereka sudah di tengelami air.

Pilu hati melihat dari jauh, pada waktu diuji rumah banjir, ada seorang ibu tunggal yang menyara keluarga empat orang anak di rumahnya. Kak Su, seorang peniaga kecil makanan dan minuman di depan rumah diuji lagi apabila perlu menjaga seorang anak perempuan yang sedang meghidap penyakit sakit jantung dan berkerusi roda.

Inilah senario yang kerap kami lewati sepanjang pengalaman kami menyertai misi keselamatan dan kemanusiaan. Kami cuba untuk memahami situasi yang dialami oleh mangsa bencana alam dalam mendapatkan makanan yang bersih dan sihat.

“Saya bantu ikut kemampuan saya walaupun keluarga di Kuantan juga diuji dengan rumah banjir.” – Ahmad Muadz bin Nadzri, Pengurus sukarelawan YOSH Perak dan juga seorang pelajar Universiti Teknologi PETRONAS berkongsi pengalamannya menyantuni mangsa banjir di Teluk Intan.

‘’Pek korban ini senang la, sebab tak perlu simpan dalam peti ais macam daging korban yang baru siap di lapah perlu cari tempat penyimpanan. Saya suka pek korban ini sebab tak perlu masak boleh terus makan.’’ kata daripada penerima pek korban Ain Aqidah, 25.

Inovasi daging korban kepada pek telah siap dimasak membantu proses agihan dijalankan lebih pantas, cepat dan bersih. Sebahagian daging juga akan diagihkan kepada asnaf dalam bentuk daging mentah. Manakala sebahagiannya akan diproses kepada pek sedia ada untuk dimakan. 1 bahagian korban dapat menghasilkan lebih kurang 75-80 pek daging korban yang sedia untuk dimakan dengan berat 200 gram per pek.

Idea ini tercetus apabila kebanyakkan ibadah korban pada tahun lepas tergendala berikutan kekangan aktiviti membabitkan orang awam dan kebanyakan masjid ditutup kerana pandemik Covid-19.

Bukankah ajaran Islam amat menitikberatkan saling tolong-menolong antara satu sama lain? Jadi, ibadah korban juga adalah salah satu cara kita berkongsi rezeki dan mengukir senyuman saudara yang memerlukan. Antara hikmah berkurban ini adalah apabila kita dapat saling berkongsi bahagia dan rezeki. Lagi-lagi buat golongan yang memerlukan.

Proses penyembelihan lembu yang ke 38 sebelum di proses menggunakan teknologi pembungkusan retort daripada Jerman untuk menjadi pek korban siap di makan.

Inovasi Qurban dalam bentuk pek makanan sedia di makan terdapat dalam tiga jenis iaitu kari daging, daging masak hitam dan rendang daging.

Langkah Pemprosesan Pek Qurban (QC4U)

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.