Siakap Keli

“Masuk Terus Mengadap Pengantin Perempuan”, Pengantin Lelaki Salah Duduk, Terpaksa ‘U-turn’ Depan Tok Kadi Nak Akad Nikah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak kira pengantin lelaki atau perempuan, pastinya mengalami darah gemuruh untuk bergelar ‘raja sehari’. Tidak dinafikan, perasaan gementar akan bertambah apabila melihat kelibat tok kadi yang sudah bersiap sedia untuk akad nikah.

Menerusi satu video yang tular di laman Tiktok, apabila pengantin lelaki tidak mengadap tok kadi tetapi duduk bertentangan dengan pengantin perempuan telah mencetuskan rasa ‘cemas’ orang sekeliling.

Dalam perkongsian tersebut], telatah pengantin lelaki ini buat ‘u-turn’ depan Tok Kadi bikin orang ramai berdekah. Bukan itu sahaja, seluruh ahli keluarga yang berada dalam rumah turut bersorak terhibur.

“Satu rumah gelakkan dia…”

 

 

@anieys97 Kenangan yg x dapat aku lupakan sampai bila2 😍 #fypdongggggggg #anisxshahrulkahwin #fypシツ ♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

 

Rata-rata warganet yang menonton rakaman video ini turut terhibur dengan gelagat ‘raja sehari’ ini. Tak kurang juga yang turut menceritakan ‘pengalaman’ yang sama semasa majlis akad nikah.

Sumber: Anieys

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.