Isu berkaitan membela ‘biawak hidup’ sudah lama menjadi buah mulut orang-orang. Mana tidaknya, seseorang yang digelar ‘biawak hidup’ sememangnya akan memberikan kesan buruk kepada kita. Ia dianggap menyusahkan dan memberi beban.
Mana tidaknya. Hidup mereka cukup senang ditanggung orang lain. Tak perlu bekerja, tak perlu cari rezeki, cukup sekadar goyang kaki dan asyik bergantung harap pada orang lain.
Terdapat banyak kisah yang telah dikongsikan oleh mangsa ‘biawak hidup’, sama ada ia tular mahupun tidak, ia tetap wujud. Menerusi perkongsian pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya, beliau memuat naik ‘screenshot’ luahan [perempuan yang masih remaja.
Melalui perkongsian tersebut, difahamkan remaja perempuan itu dan kakaknya tinggal bersama dengan seekor ‘biawak hidup’. Namun apa yang memeritkan, biawak hidup itu adalah ayahnya sendiri.
Ikuti perkongsian di bawah, semoga ia boleh dijadikan pengajaran dan tauladan kepada kita semua.
Kisah ayah jadikan anak sebagai sumber pendapatan
Saya berumur 19 tahun tinggal bersama kakak yang berusia 20 tahun bersama seorang ayah. Ini kisah kami, ayah seorang yang malas bekerja dari kami sekolah lagi.
Bila kami beranjak dewasa, kami berdua bekerja untuk mendapatkan pendapatan, kerja di kedai makan dengan upah RM40 untuk satu malam.
Namun, duit kami semua ayah ambil dan tujuan kami bekerja adalah untuk membeli top-up supaya boleh langgan internet supaya kami boleh mengikuti kelas online.
Tapi, kadang-kadang sampai seminggu kami tak masuk kelas kerana tiada duit untuk membeli top-up. Sebaik sahaja kami balik dari kerja, ayah terus meminta wang dari kami.
Kami pernah cuba untuk tidak memberi wang kepada dia. Malangnya, dia akan datang ke tempat kerja dan minta wang dari kami di depan semua orang, kami jadi malu. Kami malu ada ayah yang tidak bertanggungjawab.
Pada tahun lalu, ayah telah berkenalan dengan seorang perempuan Indonesia yang telah lama menetap di Malaysia, yang juga pernah berkahwin dengan lelaki Melayu.
Sejak dari itu, kami dilayan lebih teruk dari sebelum ini, kami kerja supaya ayah boleh bawa teman wanitanya keluar berjalan-jalan. Setiap hari ayah akan minta duit dari kami dan setiap hari juga ayah keluar.
Baru-baru ini, saya pernah suarakan yang saya tidak mahu lagi bekerja dan mahu fokus kepada pembelajaran dan penat. Tapi ayah marah dan tetap suruh saya bekerja. Saya sedih, saya dan kakak kerja hanya untuk tanggung dia.
Dua hari lepas, ayah minta kakak untuk pinjam duit dari mak cik kami supaya dia boleh belikan teman wanitanya TV baru.
Memang tak berkesudahan isu ‘biawak hidup’. Dah selesa hidup ‘senang’ tak payah kerja… Berlarutan sampai ke tua pic.twitter.com/J9Z0ITJCgZ
— Fedtri Yahya🇲🇾 (@fedtriyahya) March 16, 2022
Kalau buat program-program untuk anak miskin, duit kita bagi tu akhirnya akan dicekau oleh si bapak…
— Fedtri Yahya🇲🇾 (@fedtriyahya) March 16, 2022
Apa kata netizen?
Perkongsian oleh Ahmad Fedtri Yahya itu tular di Twitter dan meraih lebih 3,100 Likes setakat artikel ini ditulis.
Tambahan pula, pelbagai reaksi berbeza daripada netizen turut terzahir menerusi ruang komentar dalam perkongsian tersebut.
Rata-rata mereka dipercayai tidak berpuas hati dan berasa sungguh geram dengan si ayah yang bersifat pemalas tersebut.
Berikut di bawah adalah beberapa komentar menarik daripada netizen.
“Ada mak ayah brainwashed anak-anak berhenti sekolah dan bekerja…..”
Ada mak ayah brainwashed anak-anak berhenti sekolah & bekerja. Bila anak tak beri duit, mereka panggil derhaka. Sedangkan mereka sihat untuk bekerja.
Beranak ramai-ramai supaya anak-anak bekerja untuk mereka. Ini realiti. Ramai anak-anak dalam dilemma.
— Liyana Abdul (@LinkitMy) March 16, 2022
“Pindah lokasi, tukar nombor hp….”
Pindah lokasi. Tukar nombor hp. Hilangkan diri bersama kakak selama 6 bulan. Orang tua begitu mesti diajar. Biar dia cari duit sendiri.
— Saifuddin Yusof (@AhmadSaifuddiny) March 16, 2022
“Please run for your life girl!”
Pls run for your life gurllsss! Umur dh lbih 18 thn, dh boleh keluar rumah. Cuba cari rumah sewa/rumah perlindungan. Hilangkan diri tnpa jejak for a few months. Mmg kna ajar bapak tu utk cari duit sndiri. Boleh pulak cari gf, mmg cari bala tu. Mak xde mntion, mybe cerai/mninggal
— N. 🦋 (@blushpinkpeonyy) March 16, 2022
Sumber: Twitter Fedtri Yahya