Siakap Keli

Siren Amaran Awal Tsunami Di Besut, Terengganu ‘Bergema’ Petang Ini, Penduduk Sekitar Diminta Tidak Panik

Penduduk di sekitar Besut, Terengganu diminta untuk tidak panik berikutan siren amaran awal tsunami yang akan dibunyikan pada petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, bunyi siren tsunami tersebut sebaliknya hanyalah ujian sahaja.

“MET Malaysia akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 16 Mac, Rabu (hari ini) di Pejabat Perikanan Daerah Besut pada jam 3 ke 5 petang.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.

“MET Malaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” maklum jabatan tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

BACA JUGA: Digelar ‘Aquaman’, Lelaki Ini Terselamat Selepas 27 jam Hanyut Dibadai Tsunami

Sumber: MET Malaysia

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.