Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan dua individu bagi membantu pengurusan kes SPRM.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, individu pertama, Steven Jong Thien Wun berusia 22 mempunyai alamat terakhir di No 372, Lorong 6 Batu 17, Jalan Kuching/Serian Siburan 94200, Kuching, Sarawak.
Sementara itu, individu kedua, Kelvin Chan Peggy berusia 21 mempunyai alamat terakhir di 118-A Kampung Beratok Batu, Jalan Kuching/Serian 94200 Kuching, Sarawak.
Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut menghubungi pegawai penyiasat, Jasvindar Kaur A/P Lask Vindar Singh di talian 019-4266169 atau 082-467701.
KENYATAAN MEDIA SPRM
SPRM KESAN DUA INDIVIDU BANTU PENGURUSAN KES pic.twitter.com/jkE8GswSDd
— SPRM (@SPRMMalaysia) March 16, 2022
Sumber: SPRM