Siakap Keli
Cara mendaftar i-Akaun

Cara Mendaftar i-Akaun KWSP, Tak Perlu Lagi Beratur Di Kaunter

Pastinya ada yang belum tahu cara untuk mendaftar i-Akaun sedangkan aplikasi ini telah lama diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pencarum dan majikan.

Seperti yang sudah ramai maklum, pencarum KWSP akan dibenarkan melaku pengeluaran sebanyak RM10,000 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Rabu.

Jadi, untuk anda yang belum mempunyai i-Akaun anda bolehlah mula berbuat demikian, ianya lebih mudah kerana anda tidak perlu lagi berurusan di kaunter KWSP. Bagi yang belum memiliki i-Akaun KWSP, anda boleh mendaftar dan mengaktifkan akaun menerusi beberapa cara dan langkah yang dikongsikan oleh portal MySumber mungkin boleh menjadi rujukan kepada anda semua.

Untuk pengetahuan anda, aplikasi mudah alih di telefon pintar ‘i-Akaun’ sudah diperkenalkan sejak tahun 2014. Ahli KWSP disarankan memiliki i-Akaun bagi mendapatkan pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan i-Akaun KWSP.

Untuk pengguna pertama kali, mereka perlu mendaftar di cawangan KWSP ataupun Kiosk KWSP lalu mengaktifkan i-akaun. Setelah membuat pendaftaran, pengguna perlu mengaktifkan i-Akaun dalam tempoh 30 hari.

Kelayakan Pendaftaran i-Akaun

i-Akaun ini layak untuk didaftar oleh pencarum KWSP yang mempunyai nombor ID Ahli dan nombor KWSP yang sah serta majikan yang mempunyai nombor KSWP yang iaitu i-Akaun Majikan.

Ini cara mendaftar dan aktifkan i-Akaun KWSP secara atas talian (online)

Cara daftar i-akaun untuk ahli KWSP

  1. Sila dapatkan ID & Kata Laluan sementara di pejabat / kios KWSP
  2. Layari Portal KWSP; https://www.kwsp.gov.my/ atau aplikasi i-Akaun
  3. Pilih Log Masuk di tab menu dan tekan i-Akaun (Ahli)
  4. Masukkan No Ahli yang diterima pada ruangan ID pengguna dan klik Teruskan
  5. Masukkan Kata Laluan Sementara yang diterima menerusi SMS dan klik Log Masuk*NOTA: Pengaktifan hendaklah dilakukan dalam masa 30 hari pengguna menerima SMS
  6. Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tandakan betul pada kotak checkbox dan klik Seterusnya
  7. Cipta ID pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna
  8. Cipta juga kata laluan yang baharu
  9. Seterusnya, pilih Imej Online
  10. Sila isi Frasa Rahsia kemudian klik Seterusnya
  11. Skrin pengaktifan berjaya akan ditunjukkan sebagai paparan. Pengguna boleh terus login ke i-Akaun

Selain itu, pencarum juga boleh mengunjungi Kiosk Pihak Ketiga KWSP bagi proses pendaftaran i-Akaun.

Lupa kata laluan i-Akaun KWSP

Sekiranya, anda terlupa kata laluan,  boleh ikuti panduan yang disediakan seperti di bawah.

  1. Layari Laman Web KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/home
  2. Pilih Log Masuk dan tekan i-Akaun (Ahli)
  3. Tekan Lupa ID Pengguna/ Kata Laluan?
  4. Kemudian, pilih bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja/ Kata Laluan Sahaja/ ID Pengguna dan Kata Laluan)
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor KWSP
  6. Tekan Permintaan TAC untuk mendapatkan Nombor TAC
  7. Nombor TAC akan diterima melalui SMS, kemudian masukkan Nombor TAC tersebut ke ruang yang disediakan.
  8. Cipta Kata Laluan Baru yang mempunyai kombinasi abjad adan nombor (contoh: zbcd9123)
  9. Isikan Pengesahan Kata Laluan dan Tekan Hantar

Sekiranya mempunyai pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran i-Akaun KWSP, boleh rujuk pautan di bawah atau hubungi KWSP di talian berikut:

Telefon: 03 – 8922 6000

Laman web KWSP : kwsp.gov.my

Sumber: Laman KWSP, Mysumber

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang