Kebiasaannya, masayarakat kita selalu mengadakan majlis perkahwinan di dewan ataupun hotel. Namun pernahkah anda terfikir, kos sewa dewan dan hotel sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding buat di rumah?
Walau bagaimanapun, untuk situasi tertentu, majlis perkahwinan di rumah sendiri juga boleh memakan kos tenaga dan wang yang tinggi. Oleh itu, wujudkah alternatif lain yang lebih rendah kosnya? Atau…lebih baik kalau percuma?
Jawapannya, ada. Ya, inilah usaha amal jariah yang dilakukan oleh bekas pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof apabila beliau berbesar hati menginfakkan sebuah rumah khas untuk majlis perkahwinan secara percuma.
Nak tahu lebih lanjut? Jom baca perkongsian Azmeer di bawah ini.
Takyah Sewa Dewan & Jimat Kos, Azmeer Yusof ‘Infak’ Rumah Percuma Untuk Majlis Kahwin Pengantin Baru
Rumah percuma untuk majlis kahwin
Saya buka untuk pasangan yang ingin melangsungkan majlis kahwin.
Jika korang tiada tempat atau nak menjimatkan wang ringgit dari segi sewaan tempat, boleh sahaja gunakan rumah saya ni sebagai tempat majlis perkahwinan korang.
Bukan sahaja rumah, saya sediakan 1 khemah termasuk meja bulat dan kerusi untuk korang.
Halaman rumah saya memuatkan sebanyak 4-5 biji khemah in syaa Allah.
Di dalam rumah saya mempunyai seperti mana yang korang tengok dalam gambar.
- 2 bilik.
- Peti Ais.
- 3 air-cond.
- Mesin Basuh.
Rumah ini beralamat di Lorong Melati, Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah.
Saya berharap dengan penyediaan ini saya dapat menjimatkan kos perkahwinan setiap pasangan.
Untuk lebih lanjut www.wasap.my/60123560746/rumahkahwinpercuma




