Siakap Keli
remaja lelaki main di tengah jalan raya
Kredit: Hits Suara.com

Aksi Dua Remaja Lelaki ‘Main’ Di Tengah Jalan Raya Undang Kecaman Netizen

Sebuah video yang menunjukkan aksi dua orang remaja lelaki ‘bermain’ dengan menganggu kenderaan di tengah-tengah jalan raya menjadi tular dan mendapat kecaman orang ramai.

Berdasarkan rakaman video tersebut, kejadian dilihat berlaku pada waktu malam di sebuah jalan raya yang agak sibuk dengan pelbagai kenderaan besar.

Kelihatan dua remaja lelaki seakan-akan sengaja berdiri di tengah jalan raya untuk menganggu semua kenderaan yang melalui jalan berkenaan.

Apabila kenderaan itu semakin dekat dengan mereka, kedua-dua remaja itu segera berlari ke tepi jalan untuk ‘menyelamatkan’ diri.

”Dua orang remaja nekad menghalang kenderaan yang lalu di Jalan Raya Narogong, di depan Pasar Bantargebang, Kota Bekasi,” kata kenyataan seperti dikutip Beritahits.id, pada Rabu.

remaja lelaki main di tengah jalan raya
Kredit: Hits Suara.com

Tindakan menghalang kenderaan berat yang kebanyakannya trak itu dilakukan oleh remaja berkenaan secara berulang-ulang kali.

Meskipun beberapa kali hampir dilanggar, ia sama sekali tidak menghalang mereka untuk meneruskan ‘permainan’ berani mati itu.

Malah, kedua-dua remaja berkenaan kelihatan lebih bersemangat ‘bermain’ dengan kenderaan di tengah jalan raya tanpa memikirkan nyawa mereka.

Bukan itu sahaja, salah seorang daripada remaja lelaki berkenaan nekad duduk di tengah jalan sambil bersantai dan segera beredar setelah sebuah trak hampir melanggarnya.

remaja lelaki main di tengah jalan raya
Kredit: Hits Suara.com

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen mengecam aksi ‘gila’ dua remaja lelaki berkenaan yang bermain di tengah jalan. Malah, tindakan mereka disifatkan seperti tidak sayang akan nyawa sendiri.

Kredit: Instagram @memomedsos
Kredit: Instagram @memomedsos
Kredit: Instagram @memomedsos

Sumber: Hits Suara.com dan instagram @memomedsos

Akhmar Ikmal