Siakap Keli
Gambar: Bernama

Rambut Bentuk ‘Helmet’, Penjual Barang Lusuh Viral Hari Ini

GEORGE TOWN: Seorang penjual barangan lusuh, R.Rajah, 70, mampu menjelajah ke seluruh dunia antaranya Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Itali, Jerman, China, Arab Saudi berikutan rambutnya yang berbentuk topi keledar.

“Saya dijemput oleh seorang pelancong asing untuk menjelajah ke seluruh dunia pada tahun 1992”, kata Rajah.

Menurutnya ada dikalangan penduduk tempatan di negara berkenaan menarik rambutnya bagi memastikan rambut beliau adalah asli.

Rajah yang menjual barangan lusuh di pasar karat Lorong Kulit, sejak 40 tahun lalu menyimpan rambut berkenaan sejak berusia 18 tahun.

Beliau meluangkan masa selama tiga jam untuk menguruskan rambutnya setiap hari dan tidak menggunakan sikat untuk menyikat rambut tetapi menggunakan tangan untuk menguruskan rambutnya yang kelihatan seperti topi keledar.

Gambar: Bernama
Gambar: Bernama
Gambar: Bernama

Sumber: BERNAMA

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.