Siakap Keli
Gambar: Surabaya.Liputan 6

Senang Nak Ingat, Mak Ayah Namakan Empat Anak Dengan Satu Huruf Je

Sepasang suami isteri yang tinggal di Dusun Tanpa Lembu, Desa Temuasri, Kecamatan Sempu, Banyuwangi telah menjadi tular apabila mereka mendaftar nama anak dengan hanya menggunakan satu huruf sahaja.

Pasangan Sukari (46), dan Wahyuningsih (36) menamakan anak mereka V (16), J (11), L (5), N (2).

Suami pasangan tersebut memberitahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang alasan atau sebab mengapa dia memberikan nama anak mereka dengan hanya satu huruf. Katanya, nama singkat tersebut diberikan agar para ahli keluarganya mudah untuk menyebut dan mengingati nama mereka.

“Sebenarnya memang tiada alasan atau sebab kukuh kenapa saya membuat keputusan untuk memberikan nama anak-anak saya hanya satu huruf. Saya hanya fikiruntuk memberikan nama yang senang dan mudah diingati oleh keluarga dan semua orang yang mengenalinya,” kata Sukari.

Namun begitu, Sukari tidak menafikan bahawa pemberian nama yang unik tersebut telah dibantah oleh ahli keluarga yang lain, terutama sekali ibu Sukari. Ibunya mempersoalkan kenapa nama cucu-cucunya sangat singkat berbeza dengan nama anak orang lain yang sedap disebut.

“Jadi saya jelaskan pada ibu saya bahawa saya tidak mempunyai alasan atas tindakan saya itu. Saya hanya berikan mereka nama yang mudah diingati dan dipanggil,” tambah Sukari.

Sukari menerangkan alasan ibunya membantah caranya menamakan cucu-cucunya kerana bimbang mereka akan dibuli dan diejek kelak apabila sudah besar, berkawan dan bersekolah.

“Tapi syukurlah sehingga ke hari ini anak saya yang pertama iaitu V sudah berusia 16 tahun dan tidak pernah diejek oleh kawan. Malahan dia mempunyai banyak kawan dan mereka boleh memanggilnya dengan sangat senang,” tambah Sukari lagi.

Bukan hanya ahli keluarga yang mempersoalkan pilihan nama anaknya itu, tetapi ada juga ahli masjid di tempat mereka yang mempersoalkan pilihan nama yang diberikan kepada anaknya.

Tapi Sukari tetap memberikan mereka alasan yang sama setiap kali ditanya.

Sumber: Surabaya.Liputan 6

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.