Siakap Keli
kesalahan bacaan al-quran
Gambar Hiasan via Google

Dua Jenis Kesalahan Dalam Bacaan Al-Quran

Kesalahan dari segi bacaan kitab suci Al-Quran boleh menyebabkan perubahan yang ketara dari segi maksud kalimah, atau mungkin keseluruhan ayat yang dibaca.

Menurut Ustaz Azraie, ulama yang alim tentang ilmu Al-Quran telah menggariskan dua jenis kesalahan dalam pembacaan Al-Quran iaitu Lahn Jali dan Lahn Khafi.

Lahn Jali merupakan kesalahan nyata atau pun berat seperti tertukar baris atau kalimah. Sementara Lahn Khafi pula adalah kesalahan yang ringan dan boleh dimaafkan.

Sebagai contoh, untuk kesalahan Lahn Jali adalah tersilap sebutan sehingga menukar makna sesuatu kalimah. Hal ini boleh terjadi sekiranya pembaca tertukar walau satu susunan baris dalam setiap perkataan.

Bagi kategori Lahn Khafi atau kesalahan ringan, ia berkemungkinan berlaku disebabkan oleh penukaran sifat-sifat, makhraj huruf dan sebagainya. Kesalahan bacaan ini diambil kira sebagai Lahn Khafi sekiranya ia tidak melibatkan penukaran baris dan huruf.

Contohnya, menipiskan atau menebalkan kaedah sebutan huruf. Kesalahan Lahn Khafi turut terpakai pada keadaan di mana sesuatu huruf itu disebut dengan cara menyerupai sifat huruf yang berbeza.

Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai dua jenis kesalahan dalam bacaan Al-Quran ini, ikuti video Ustaz Azraie dalam segmen Kapsul Tajwid terbitan Siakap Keli TV, di bawah.

Sumber: YouTube Siakap Keli

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.