Siakap Keli
lantai vinyl
Gambar: Muhamad Nur Faizul V

Guna ‘Sticker’ Kedai RM2, Lelaki Kongsi Proses Pasang Lantai Vinyl Ala-Ala ‘Herringbone’

Lantai vinyl merupakan rekaan lantai sintetik dengan motif seakan-akan kayu, bebatuan atau seramik yang masih menjadi kegilaan ramai.

Berbeza dengan lapisan tikar getah yang turut mempunyai motif lebih kurang sama, lapisan lantai vinyl ini kelihatan lebih moden. Maka tak hairanlah makin ramai yang beralih kepada dekorasi lantai ini.

Bagi yang berminat dengan rekaan lantai berkonsepkan vinyl, tapi rasa nak cuba pasang sendiri, perkongsian dari pengguna Facebook Muhamad Nur Faizul V ini mungkin boleh dijadikan inspirasi.

Melalui Group Facebook Tukang Apa Hari Ini, Faizul berkongsi proses pemasangan lantai vinyl corak tulang herring (herringbone) dengan hanya menggunakan stiker vinyl kedai RM2. Ikuti perkongsian Faizul di bawah ini.

Lantai vinyl konsep herringbone

Kisahnya niat di hati nak pasang karpet sahaja. Tapi tiba-tiba terpikat pulak dengan stiker vinyl kedai RM2. Harga sama lebih kurang dengan Shopee. Atas idea isteri, makanya terhanguslah duit beli 140 keping stiker vinyl ini.

Ikutkan harga dekat Shopee boleh dapat RM1.80. Tapi boleh beli dua kotak sahaja dan bila tambah penghantaran harga sama sahaja dengan Eco. Jadi kita putuskan beli kat Eco sahaja. Modal hangus RM294 untuk 140 keping.

lantai vinyl
Gambar: Muhamad Nur Faizul V

Starting nak buat kerja, wajib ada L square dengan L 45 darjah, pembaris panjang dan pisau.

Gambar: Muhamad Nur Faizul V

Mula-mula kena tanda center supaya kita tak lari dari landasan. Permulaan ini yang seksa dan yang hujung-hujung. yang tengah-tengah seronok saja pasang.

Gambar: Muhamad Nur Faizul V

Puas hati betul dapat siapkan.

lantai vinyl
Gambar: Muhamad Nur Faizul V

Tu hujung tu, papan MDF potong pendek. Kita tunggu tahun depan dia membesar memanjang dengan jayanya.

Gambar: Muhamad Nur Faizul V

Alhamdulillah, sedap mata memandang. Hasil kerja seorang (bab tampal menampal, masa membersihkan isteri tolong sekali). Lima hari tuan puan.

Gambar: Muhamad Nur Faizul V

Konon-konon nak canggih la pasang ala-ala stail herringbone. Agak mencabar mental dan fizikal. Sebab itu ambil masa lima hari (mungkin sifu-sifu lima jam siap dah).

Kalau tuan puan tahu teori Pythagoras tak payahlah buat herringbone ini okay, saya tak tipu. Ilmu belajar dari YouTube, tengok kiraan semua dari YouTube.

Sumber: Facebook Tukang Apa Hari Ini

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.