Siakap Keli
metmalaysia amaran hujan
Gambar via BERNAMA

METMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran berlaku ribut petir dan hujan lebat di sembilan negeri dan satu wilayah sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan antara negeri yang terlibat ialah Kedah (Kuala Muda, Sik, Balin dan Kulim), Perak (Kuala Kangsar), Kelantan (Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu).

Selain itu, di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Rauh, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Amaran ribut petir dan hujan lebat turut dikeluarkan METMalaysia untuk negeri Sarawak, melibatkan kawasan Sarikel, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) Bintulu, Miri dan Limbang.

Manakala di Sabah pula ialah Pedalaman, (Kuala Penyu) dan Pantai Barat (Putatan, enampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, dan Kota Belud serta seluruh wilayah Persekutuan Labuan.

Orang ramai terutamanya bagi kawasan yang terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Sumber: MetMalaysia

Akhmar Ikmal