Siakap Keli
barang dapur

“Sayur ‘Gemuk-Gemuk’ Dan Setiap Hari Mesti Ada Barang Promosi”, Wanita Kongsi ‘Lubuk’ Beli Barang Fresh Murah, Boleh Jimat Duit

Berapa banyak korang spend untuk barang dapur setiap bulan? Sekali berbelanja, mesti tak kurang RM100, kan? Apatah lagi kalau ramai ahli keluarga. 

Ada masa pening kepala nak kira bajet bulanan bila harga barang keperluan makin hari makin mahal. Jadi, waktu macam nilah kita kena pilih tempat yang betul untuk berbelanja. Yang penting barangnya murah, segar & berkualiti. Bila barang basah segar, makanan kita masak pun bertambah sedap.

Kalau korang nak tau mana tempat yang terbaik untuk beli barang-barang fresh, jom ikuti perkongsian sorang akak ni. Katanya tempat ni setiap hari ada promosi, sayur dan barang mentah pun segar. Dah lama dah beliau beli barang rumah dengan harga yang murah kat situ. Nak tahu kat mana? Jom baca.

Kalau korang nak tahu, salah satu pasar raya yang selalu buat promosi ialah Lotus’s. Setiap hari akan ada Every Day Low Price yang mana ada barang-barang tertentu akan jadi lagi murah daripada biasa.

Selain tu, Lotus’s ni bukan buat satu promosi je dalam satu masa, tapi ada banyak promosi yang pembeli boleh rebut setiap hari. Kiranya, memang ada penjimatan la setiap kali membeli kat pasar raya ni. Tak payah nak fikir sampai banyak kali bila nak pilih barang.

Bukan tu je, sayur kat sini pun ‘gemuk-gemuk’ dan segar. Ada banyak pilihan pulak tu. Sayur dan buah kat sini semuanya dapat pengesahan dari MeSTI. Mana la tak jadi lagi sakan membeli. Lagi banyak beli, lagi jimat kita rasa. 

Mungkin ada yang belum tahu, Lotus’s ni sebenarnya dah lama ada kat Malaysia tau. Sebelum ni, diorang dipanggil Tesco.

Beli barang dapur di hujung jari 

Sekarang ni juga, Lotus’s telah berusaha dengan lebih baik untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih mudah dan nyaman untuk semua pelanggan. Salah satu caranya ialah dengan mewujudkan aplikasi Lotus’s yang baru. Senang la kalau nak beli barang, semuanya di hujung jari.

Kalau tengah sibuk atau sedang kuarantin, beli je barang dengan di aplikasi Lotus’s ni. Bukan sekadar membeli je tau, pelanggan juga boleh dapat ganjaran bila guna aplikasi Lotus’s ni. Muat turun je kat sini

Inisiatif #KitakanJiran yang dilakukan oleh Lotus’s

Setelah mendapat sokongan yang padu daripada semua pelanggan setia selama ni, Lotus’s juga telah bersetuju untuk memberi semula kepada masyarakat dan juga alam sekitar. Melalu inisiatif #KitakanJiran ni, pelbagai perkara yang telah Lotus’s lakukan. Antaranya adalah seperti yang berikut.

  1. Sebanyak 15 stor Lotus’s telah menggunakan kuasa solar yang membantu untuk mengimbangi pelepasan karbon dioksida di bumi ini sebanyak 9,138 tan.
  2. Setiap stor ada meyediakan tong makanan amal supaya beramai-ramai dapat menghulurkan bantuan dan juga menceriakan kehidupan mereka yang memerlukan.
  3. Lebihan makanan yang masih selamat dimakan tetapi tidak terjual telah Lotus’s dermakan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Lotus’s dan juga pelbagai jenis promosi, tekan je link bawah ni ya ataupun, jom Ceria Cara di Lotus’s! #CeriaCaraLotuss

Nor Fakhry