Siakap Keli
abang adik kfc

Abang Bawa Balik KFC Nak Makan Sama-sama, Tercari-cari Adik Rupanya Dah Balik Asrama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Video tular seorang abang membuat kejutan membeli ayam KFC kepada si adik nyata berjaya menambat hati warganet.

Hajat anak muda itu yang sangat teruja untuk menjamu selera bersama adik-adiknya bagaimanapunย  tidak kesampaian selepas dimaklumkan bahawa mereka semua sudah pulang ke asrama masing-masing.

“Dia balik kerja, cari adik dia dah balik asrama, bawa balik KFC nak adik makan puas-puas,” tulis Kak D di laman Tiktoknya.

Menurut Kak D semasa dihubungi, dia mempunyai tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. Katanya lagi, hubungan mereka adik-beradik sangatlah rapat.

Insiden berkenaan terjadi gara si abang menyangka adik-adiknya pulang ke asrama pada hari Isnin. Jadi bagi meraikan masa yang ada sebelum berpisah sementara, dia bersemangat dan membeli KFC untuk dimakan bersama-sama.

Sebagai seorang ibu, Kak D bersyukur kerana memiliki anak-anak yang baik terutama sekali si abang yang sangat prihatin tentang dua orang adiknya itu.

@norhidayahbintiis

Balas kepada @kelipkelip74

โ™ฌ bunyi asal – Kak-D๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜ – Kak-D๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga Tiktok terharu dengan sikap si abang yang sangat prihatin dan menjaga hubungan kekeluargaan ini. Ya, tanggungjawab sebagai abang sulung sangat berat kerana perlu menjaga ibu dan adik-adik yang masih bersekolah.

Tak kurang juga ada yang mendoakan untuk keluarga ini dan bangga kerana ibu ini telah memberikan pendidikan dan contoh terbaik kepada orang ramai.

“Sepanjang nak beli tu kita dah terbayang muka dia happy dapat makan…”

“Dah terbayang muka adik happy makan makanan yang dia beli guna hasil titik peluh sendiri…”

“Teringat pulak dekat kakak dekat rumah”

“Saya pulak nangis…”

“Beruntung ada anak ingat adik beradik”

BACA: Fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang Dijangka โ€˜Landaโ€™ KL & Putrajaya 28 Mac Ini

Sumber: Kak D

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.