Kementerian Sains, Teknologi dan Invoasi (MOSTI) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa peristiwa Ekuinoks Mac akan berlaku pada 21 Mac ini. Kuala Lumpur dan Putrajaya juga dijangka akan mengalami fenomena tengah hari tanpa bayang beberapa hari kemudian.
Menurut MOSTI lagi, pada hari tersebut matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa dan ia berlangsung sepanjang hari berkenaan. Ketika itu, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam.
Berdasarkan infografik yang dikongsikan oleh Planeterium Negara pula, bagi kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti seperti Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador, kawasan-kawasan ini akan mengalami fenomena ‘tengah hari tanpa bayang’.
Fenomena tengah hari tanpa bayang ini juga dijangka akan tiba di Malaysia, namun lewat berbanding kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas. Beberapa kawasan seperti Kota Tinggi akan mengalami fenomena ini pada 25 Mac, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 28 Mac dan Kuala Terengganu pada 3 April.
Ekuinoks adalah satu keadaan dimana titik subsolar sesebuah planet melintasi garisan Equator atau Garisan Khatulistiwanya.
Ketika berlakunya Ekuinoks, ia merupakan satu-satunya tempoh dimana bahagian utara dan selatan sesebuah planet melalui tempoh waktu siang dan malam yang sama.
Di Bumi, peristiwa Ekuinoks berlaku dua kali iaitu pada 21 Mac dan sekitar 2 September. Adakalanya, ekuinoks ini dirujuk dengan nama vernal ekuinoks (ekuinoks musim bunga) dan autumnal ekuinoks (ekuinoks musim luruh). Ekuinoks ini berlaku pada waktu yang berbeza bagi kedua-kedua bahagian Bumi tersebut.
Pada Mac, ekuinoks musim bunga berlaku di bahagian utara dan ekuinoks musim luruh berlaku di bahagian selatan. Manakala pada September, ekuinoks musim luruh berlaku di bahagian utara manakala ekuinoks musim bunga berlaku di bahagian selatan.
BACA: Cara Mudah Nak Tandatangan Dokumen Digital Words & PDF, Tak Perlu Cetak Pun
Sumber : Kementerian Sains, Teknologi dan Invoasi (MOSTI), National Geographic