Siakap Keli
naik pentas ambil ijazah arwah anak

Ibu Berkerusi Roda Tak Dapat Tahan Sebak, Naik Pentas Ambil Ijazah Untuk Arwah Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tiada ungkapan mampu dilafazkan sepasangan suami isteri tatkala menerima ijazah secara ‘anumerta’ mewakili arwah anak yang tercinta. Namun, apakan daya itulah situasi yang perlu ditempuhi pasangan suami isteri ini.

Suasana hiba menyelubungi sekitar Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) apabila waris kepada salah seorang graduan, Allahyarhamah Nur Hanani Samsull naik ke pentas mewakil arwah menerima ijazah.

Rakaman video tentang perkara ini dikongsikan menerusi laman Tiktok Ija menunjukkan ibu arwah sebak ketika menerima skrol ijazah tersebut di atas pentas.

Nur Hanani yang berusia 25 tahun itu merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh dari Abdulhamid Abusulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu Islam dan Sains Kemanusiaan (AHAS KIRKHS).

Meninggal dunia berpunca daripada demam denggi…

Foto: Ija

Semasa dihubungi SK, Ija yang merupakan adik ipar Hanani memberitahu arwah meninggal dunia berpunca daripada demam denggi yang menyebabkan saluran darah ke otak gagal berfungsi (brainsteam bleed with tonsilar herniation).

Meninggal dunia sebulan selepas berkahwin

Lebih memilukan, arwah meninggal dunia sebulan selepas berumah tangga.

“Selepas seminggu arwah berkahwin dengan abang saya, beliau telah dimasukkan ke hospital kerana demam denggi. Selepas itu, koma selama 2 minggu lebih tak silap saya.”

Menerusi video yang dikongsi, melihat suami arwah tetap memilih bunga graduasi untuk diberikan kepada ibu mentuanya sebagai tanda penghargaan.

Ketika bertanya tentang keperibadian arwah, arwah merupakan anak yang sangat baik dan mentaati kepada kedua ibu bapanya. Seorang anak yang agak pendiam tetapi kuat berusaha serta bersemangat dengan setiap apa yang dilakukannya.

Hal ini jelas ternyata sifatnya yang baik memberi keselesaan kepada keluarganya dan keluarga mentuanya.

naik pentas ambil ijazah arwah anak
Foto: IIUM Convocation 2022

Ditanya kepada keluarga arwah, mereka redha dengan segala ketentuan yang ditetapkan oleh-Nya.

“Tapi sekarang kami sekeluarga redha dengan segala yang berlaku, Allah ambil dia dulu sebab dia orang yang baik.” jelasnya adik iparnya.

Dengan berbekalkan kekuatan daripada arwah, keluarganya hadir bagi meraikan kejayaan anak dan isteri mereka walaupun sudah tiada lebih-lebih lagi ibu Allahyarhamah Nur Hanani menerima sendiri ijazah tersebut.

Untuk pengetahuan anda, ijazah ‘Anumerta’ ini merupakan penganugerahan ijazah yang diberikan kepada individu yang telah meninggal dunia.

@eiy.za_

Convocation’s Day, AlMarhumah Nur Hanani🌹 Terima Kasih UIAM, Semoga kakak tenang di sana, AlFatihah 🤲🏻

♬ Kesetiaan – Sarah

Sumber: Ija

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.