Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum berjumlah RM 1500 bermula Mei ini.
Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyampaikan ucapan penggulungnya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pada petang Sabtu.
“Saya mendengar perbahasan yang dibawa oleh para perwakilan dan keluhan rakyat di luar sana. Justeru, hari ini saya ingin mengumumkan di dalam dewan keramat ini, kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara,” katanya dalam ucapan tersebut.
Jelasnya lagi, kajian impak telah dilaksanakan secara mendalam sebelum keputusan pelaksanaan gaji minimum RM 1500 diputuskan oleh kerajaan.
Selain itu, beliau berkata kerajaan turut mengambil kira pelbagai aspek termasuklah kesannya terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Oleh itu, pelaksaan gaji mimum ini hanya melibatkan majikan sekstor swasta yang mempunyai lima orang pekerja ke atas.
Pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei – PM @IsmailSabri60 pic.twitter.com/quh1Sut8wX
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 19, 2022
BACA: Dua Jam Beratur Nak “Swab Test”, Sampai Giliran Rupanya Tersilap Beratur Gerai Nasi Ayam
Sumber: Bernama, Astro Awani